Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota, Mazda dan Denso Setuju Bentuk Pakatan Hasilkan Teknologi EV
Auto Terkini

Toyota, Mazda dan Denso Setuju Bentuk Pakatan Hasilkan Teknologi EV

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH menjadi amalan dunia korporat dalam bidang teknologi untuk bekerjasama dengan pesaing lain. Gergasi peranti komunikasi dunia, Apple walaupun berdepan kes mahkamah dengan Samsung, tetapi masih menjalankan urusan bisnes dalam pembekalan komponen.

Selepas mengumumkan kerjasama dan pembelian pegangan dalam Mazda, termasuk penubuhan kilang perkongsian di Amerika Syarikat (AS), Toyota Motor Corporation kini menubuhkan syarikat baharu dengan Mazda Motor Corporation dan Denso Corporation bagi membangunkan teknologi kenderaan elektrik (EV). Menariknya, ketiga-tiga syarikat itu akan menghantar jurutera masing-masing ke syarikat baharu itu nanti dalam usaha memastikan projek kerjasama itu berjalan lancar.

DESAKAN POLISI ALAM SEKITAR

Salah satu sebab kenapa kerjasama itu penting adalah semakin banyak negara bakal melaksanakan polisi alam sekitar yang lebih ketat bagi mengurangkan kesan pencemaran. Situasi berkenaan secara tidak langsung mendorong ke arah proses pembuatan EV.

Bagi mengikut rentak dan kemajuan, termasuk mengekalkan perkembangan syarikat, sangat penting untuk pemain industri membangunkan kepelbagaian teknologi dan nadi kuasa. Ketiga-tiga syarikat itu akan menumpukan kepada pembuatan EV dan kenderaan yang dijana sel bahan api (fuel cell).

Ini termasuk kekurangan permintaan umum, pelaburan kewangan dan masa untuk memenuhi kehendak pasaran dan segmen kenderaan, sekali gus menjadi isu utama bagi sesetengah pengeluar dalam usaha mempelbagakan jenis permintaan kenderaan seluruh dunia.

Atas semua sebab dinyatakan itu, Toyota, Mazda dan Denso sebulat suara bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan struktur teknologi asas EV supaya dapat memenuhi pelbagai jenis dan segmen kenderaan selain memastikan fleksibiliti dan respon segera terhadap trend pasaran.

BEKERJA BERSAMA

Perjanjian yang dipersetujui itu adalah merangkumi perkara di bawah:

  • Kepelbagaian segmen kenderaan seperti kompak, penumpang, SUV dan trak tugasan-ringan.
  • Kekuatan ketiga-tiga syarikat digabungkan – perancangan produk dan kemahiran dalam penggunaan kepakaran seperti pemodelan komputer (Mazda), teknologi elektronik (Denso), platform (Toyota New Global Architecture/TNGA).
  • Penyelidikan terhadap komponen kenderaan.
  • Verifikasi komponen dan prestasi kenderaan berasaskan penggunaan komponen yang digunapakai.
  • Semua syarikat akan menyumbang sumber yang setara bagi pembangunan teknologi.
  • Menggunakan fasiliti pengeluaran sedia ada.
  • Walaupun dibangunkan bersama, Toyota dan Mazda akan menghasilkan EV dengan identiti berbeza.
  • Syarikat juga mahu mewujudkan struktur bisnes terbuka yang boleh disertai mana-mana pengeluar dan pembekal lain.
Butiran Syarikat Gabungan Baharu:
NamaEV C.A. Spirit Co., Ltd.
LokasiMidland Square 37F, Meieki 4-7-1, Nakamura, Nagoya
Modal10 juta yen / RM 375,487.84 (pembahagian ekuiti = Toyota: 90%, Mazda: 5%, Denso: 5%)
Jumlah pekerjaAnggaran 40 orang
KerjasamaToyota-Mazda-Denso
Auto Terkini Denso EV EV C.A. Spirit Co. Kenderaan Elektrik (EV) Ltd. mazda Roda4 Toyota
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.