Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Masuk Kejuaraan Supercars Repco 2026 di Australia, Pertaruh GR Supra V8!
Auto Terkini

Toyota Masuk Kejuaraan Supercars Repco 2026 di Australia, Pertaruh GR Supra V8!

Abang HirataBy Abang Hirata24/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA GAZOO Racing semakin jauh melangkah dalam sukan permotoran apabila mengumumkan penyertaan dalam Kejuaraan Supercars Repco pada 2026.

Toyota bakal menghantar GR Supra dan bukan model biasa tetapi menggunakan enjin V8! Bukan sebuah, tetapi sekurang-kurangnya empat jentera GR Supra GEN3!

Kereta GEN3 baru saja diperkenal pada 2023 selepas ditangguh setahun dan kali pertama diumum pada 2020. Seperti biasa, peraturan baharu dibuat supaya kereta dapat bersaing lebih rapat dan mengurangkan kos.

Dua jentera akan dikemudi rakan kerjasama homologasi, iaitu Walkinshaw Andretti United (WAU) yang mewakilkan Chaz Mostert dan Ryan Wood.

Toyota memang bergiat aktif dalam sukan permotoran di Australia dan penyertaan pertama di peringkat antarabangsa juga berlangsung di Australia pada 1957 menggunakan Toyopet Crown.

Bukan sekadar peserta, Toyota sendiri menganjurkan perlumbaan seperti Toyota GAZOO Racing Australia (TGRA) Scholarship Series dan GR CUP.

TGRA Rally Team bersama Neal Bates Motorspor pula sedang mendahului Kejuaraan Rali Australia.

Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais Toyota Australia, Sean Hanley berkata, idea menyertai kejuaraan sudahpun berlegar selama lebih 20 tahun.

WAU bukan calang-calang dan mempunyai rekod kejayaan dalam Kejuaraan Supercar dengan tujuh kali juara perlumbaan Barthurst 1000, enam kategori pemandu dan 191 kemenangan perlumbaan.

Toyota Australia sudahpun memulakan kerja rekabentuk awal jentera lumba GR melalui bahagian rekabentuk sendiri di Altona dan menghasilkan model skala menggunakan perisian CAD dan teknologi realiti maya (VR).

GR Supra dibekalkan enjin aluminium 2UR-GSE Toyota, empat aci sesondol V8 yang digunakan dalam pelbagai model pengeluaran seperti Hilux yang memenangi Rali Dakar 2019 (enjin asas).

Toyota juga komited bersaing dalam Kejuaraan Supercar selama lima tahun. Sebagai rekod, Toyota bersaing dalam pelbagai perlumbaan dunia seperti Kejuaraan Enduran Dunia (WEC), Kejuaraan Rali Dunia, (WRC), Rali Dakar, NASCAR dan beberapa perlumbaan GT, rali dan litar.

Pasukan Rali Dunia GAZOO Racing sudah merangkul empat Kejuaraan Pengeluar dan lima Kejuaraan Pemandu dalam WRC.

Auto Terkini Gazoo Racing GR sukan permotoran Supercars Championship tgr Toyota Toyota Australia Toyota GR Supra Toyota GR Supra V8
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.