Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Land Cruiser Commercial 2026 dengan Ruang But 2,000 Liter Tanpa Kerusi Belakang
Roda4

Toyota Land Cruiser Commercial 2026 dengan Ruang But 2,000 Liter Tanpa Kerusi Belakang

Abang HirataBy Abang Hirata26/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Land Cruiser Commercial 2026
TOYOTA Land Cruiser Commercial 2026 serba baharu dilancarkan yang kini dalam barisan kenderaan komersial ringan Toyota Professional.

Land Cruiser ialah model ikonik dan ubah suai begitu adalah perkara biasa di Britain yang tidak terhad kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) sahaja. Malah, kereta sekecil Ford Fiesta juga dijadikan kenderaan komersial.

Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Sebagai model tahan lasak, Land Cruiser Commercial menjanjikan gabungan kemampuan off-road dengan praktikaliti ruang kargo.

Toyota Land Cruiser Commercial 2026 sebenarnya versi penukaran (factory conversion) daripada model penumpang Land Cruiser serba baharu yang menerima sambutan hangat dan permintaan tinggi setahun lalu dengan mengekalkan kualiti, ketahanan, dan kebolehpercayaan Land Cruiser terkenal.

Enjin dan Prestasi

Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Toyota Land Cruiser Commercial 2026 dikuasakan enjin diesel 2.8L turbo sedia ada dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Trenkuasa itu didatangkan dalam pacuan semua roda kekal dan mod pemanduan yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan pelbagai keadaan.

Bagi prestasi off-road mantap, SUV itu dilengkapi sistem:

  • Kawalan Merangkak (Crawl Control)
  • Bantuan Mula Daki (HASC)
  • Bantuan Turun Bukit(DAC)

Ciri bantuan pemanduan lain diberikan ialah Pemantau Titik Buta (BSM), sensor parkir depan dan belakang, serta Bantuan Keluar Selamat (SEA).

Toyota juga mengesahkan pada masa akan datang, trenkuasa Land Cruiser Commercial akan dinaik taraf dengan menggunakan sistem hibrid ringan (MHEV) Hybrid 48V Land Cruiser yang baru saja dilancarkan.

Peningkatan itu dijangka memberikan prestasi lebih lancar tanpa menjejaskan keupayaan prestasi kenderaan.

Rekabentuk dan Fungsi

Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Diletakkan sebagai model atasan dalam barisan Toyota Professional, Toyota Land Cruiser Commercial 2026 menawarkan pilihan menarik bagi pelanggan yang tidak memerlukan kapasiti muatan besar atau kerusi tambahan seperti trak pikap Hilux.

Sebaliknya, model itu mensasarkan pembeli yang mencari prestasi off-road serius, ketenangan di jalan raya, dan pelbagai ciri keselesaan, keselamatan, serta kemudahan secara standard.

Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Proses penukaran dijalankan di kemudahan pengeluaran Toyota Manufacturing UK di Burnaston, Derbyshire, seperti:

  • Kerusi belakang ditanggal
  • Pemasangan panel keluli dalaman untuk bahagian belakang gelap
  • Pemasangan dinding pembatas logam penuh tinggi dengan jaring
  • Ruang muatan dan keupayaan tunda

Ruang muatan Toyota Land Cruiser Commercial 2026 direka untuk praktikaliti dan tahan lasak yang lengkap dengan pelapik lantai hujung ke hujung berserta dimensi tinggi 1,090mm, panjang 1,685mm dan lebar 1,286mm.

Kapasiti but hingga 2,000 liter,dan mempunyai keupayaan tunda hingga 3.5 tan yang menjadikan SUV itu sangat sesuai untuk pelbagai keperluan komersial.

Spesifikasi dan Teknologi Canggih

Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Toyota Land Cruiser Commercial 2026 ditawarkan dalam satu varian tunggal saja, iaitu versi 5-pintu dengan jarak roda panjang, manakala spesifikasi lebih tinggi daripada Land Cruiser Commercial sebelum ini.

SUV itu turut dilengkapi banyak ciri teknologi canggih, keselesaan, dan praktikaliti yang diambil terus daripada model Land Cruiser penumpang, bersama pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) lengkap untuk sistem keselamatan dan bantuan pemanduan.

Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Antara ciri-ciri menarik ialah:

  • Rim aloi 18 inci.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik.
  • Kerusi depan dan stereng dengan fungsi pemanas.
  • Pintu but elektrik dengan tingkap hatch boleh buka.
  • Cermin pandang belakang automalap.
  • Brek Parkir Elektronik (EPB).
  • Penyaman udara dwi-zon automatik.
  • Sistem multimedia skrin sentuh 9 inci.
  • Integrasi telefon pintar wayarles dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026

Toyota Land Cruiser Commercial 2026 serba baharu akan mula dijual di Britain pada 1 Ogos dengan penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula September ini.

Harga ditetapkan pada £51,729.179 (RM299,420).

Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Toyota Land Cruiser Commercial 2026
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Toyota Toyota Land Cruiser Toyota Land Cruiser Commercial Toyota Land Cruiser Commercial 2025
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.