Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Hilux Elektrik Jalani Percubaan 12 Bulan Di Australia!
Auto Terkini

Toyota Hilux Elektrik Jalani Percubaan 12 Bulan Di Australia!

Abang HirataBy Abang Hirata30/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DAKWAAN yang mengatakan Toyota mengabaikan kenderaan elektrik bateri (BEV) sepenuhnya tidak benar.

Paling tepat ialah Toyota menggunakan strategi multi-path way (pelbagai laluan) untuk elektrifikasi termasuk teknologi hidrogen.

Ini satu bukti Toyota tidak mengabaikan BEV. Toyota Australia dan syarikat perlombongan di antara yang terbesar di duna, BHP mengumumkan percubaan Hilux elektrik (Battery Electric HiLux) selama 12 bulan.

Battery Electric HiLux akan digunakan di dalam operasi BHP di Port Hedland di Australia Barat dan merangkumi pelbagai tujuan yang dijalankan oleh kenderaan ringan diesel.

Progam perucubermula pada lewat November dan BHP akan menyediakan maklum balas kepada Toyota selepas tamat percubaan.

Program ini merupakan susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua syarikat pada Ogos 2023.

BHP mahu mengelektrifikasikan barisan kenderaan ringan dan mengurangkan pelepas gas rumah hijau.

Terdapat sekitar 5,000 kenderaan ringan di serata lokasi operasi BHP di Australia dan syarikat terlibat di dalam perlombongan bijih besi, tembaga dan nikel.

Port Hedland merupakan pelabuhan pemuatan bijih besi terbesar di Australia dan salah satu yang terbesar di dunia.

Selain Hilux elektrik, Toyota juga menumpukan pada Hilux sel bahan api hidrogen. Di Amerika Syarikat misalnya, Toyota sudah pun menawarkan pikap Tacoma hibrid atau i-Force Max kepada pengguna.

Sebelum ini Toyota menawarkan Hilux V-Active iaitu hibrid ringan untuk pasaran Australia.

Berkenaan spesifikasi, Toyota tidak memperincikan kuasa motor, kapasiti bateri, jarak pemanduan dan sebagainya.

Merujuk kepada Hilux Revo e atau Hilux BEV Concept yang dibawa UMW Toyota Motor ke Kuala Lumpur pada Februari lalu, pikap ini boleh dipandu sehingga 200 kilometer (km).

Projek Hilux elektrik bukan baharu, pada Disember 2022 Toyota telah mempertontonkan Hilux Revo BEV Concept di Thailand.

Toyota juga pernah memaklumkan perancangan untuk menghasilkan sejumlah Hilux elektrik untuk digunakan sebagai teksi demonstrasi.

Sementara itu, beberapa pengeluar sudah pun mempunyai pikap elekrik untuk ditawarkan kepada pengguna seperti Ford, Rivian, Tesla, Chevrolet, GMC dan Radar Auto.

Hilux elektrik (Battery Electric HiLux):

Hilux Revo e (Hilux BEV Concept):

EV Toyota Toyota Hilux Toyota Hilux BEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.