Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR86 TRUENO Edition (2024), Cuma 860 Unit Sempena Tribut Model Ikonik Trueno
Roda4

Toyota GR86 TRUENO Edition (2024), Cuma 860 Unit Sempena Tribut Model Ikonik Trueno

Abang HirataBy Abang Hirata03/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA disoroti kebangkitan atau peningkatan populariti model ikonik Toyota seperti Corolla AE86 dan Supra adalah berpunca daripada animasi (dipanggil anime) Jepun dan filem permotoran Hollywood.

Toyota bijak memanfaatkan populariti tersebut dan hari ini kita dapat menyaksikan kesinambungan dua model tersebut.

Apa mengujakan, Toyota menawarkan edisi terhad Toyota GR86 TRUENO Edition (2024) yang sekali pandang sudah tahu dari mana datang pengaruhnya, atau AE86 empat dekad lalu.

Sebagai imbasan, model ikonik itu dikenali sebagai Toyota Corolla Sport GT-S liftback (1984 – 1987) dari generasi kelima Toyota Corolla di Amerika Syarikat (AS) atau Toyota Sprinter Trueno di Jepun.

Toyota AE86 ialah kod casis model era 80-an yang dikuasakan enjin 16-injap 1.6L syaf kembar dengan karakter putaran enjin ligat.

Satu lagi faktor populariti model ikonik itu disumbangkan ‘Raja Drift’ Keiichi Tsuchiya dan ramai ‘drifter’ lain. Toyota AE86 juga digunakan hero tempatan, Tengku Djan Ley yang berentap hingga ke AS.

Toyota GR86 TRUENO Edition (2024) dibina berasaskan Toyota GR86 Premium dan hanya 860 unit ditawarkan untuk pelanggan di AS.

Ada dua warna ditawarkan, iaitu Halo (putih)-hitam, atau Track bRed-hitam. Bahagian luaran menampilkan penutup enjin hitam, grafik sisi TRUENO Edition dan spoiler duckbill hitam.

Spoiler boleh dipadankan dengan warna Halo atau Track bRed bagi menonjolkan warna dwi-tona. Sebagai tribut model asal, logo TRUENO Edition dilekatkan pada lip bampar depan dan pintu but.

Lagi kemasan istimewa ialah set rim eksklusif  18 inci hitam metalik, hendal pintu dan cermin sisi hitam.

Ruang kabin menampilkan kerusi sport dibalut material Ultrasuede dan kulit merah yang mana warna sama digunakan pada sulaman sarung rod gear, manakala stereng dibalut kulit.

Lagi ciri istimewa ialah tombol gear dengan logo TRUENO dan plak khas pada sisi papan pemuka. Sistem multimedia terdiri daripada unit infotainmen skrin sentuh 8-inci dan sistem audio premium dengan lapan pembesar suara.

Model ini dijana enjin 2.4L FA-24 yang menghasilkan output kuasa 228hp dan tork 249Nm @ 3,700rpm untuk pemanduan responsif dan berkuasa dalam sebarang kondisi pemanduan.

Toyota tidak mengehadkan TRUENO Edition dengan transmisi manual 6-kelajuan sahaja kerana pelanggan boleh memilih transmisi automatik kawalan elektronik (ECT-i) 6-kelajuan.

Pemandu manual diberi lebih kebebasan melalui butang mod Track atau memadamkan fungsi Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

Selain itu, tambahan cakera cekam dan konverter tork baharu kapasiti tinggi membolehkan hantaran kuasa lebih lancar dibuat untuk kuasa dan tork lebih tinggi.

Kedua-dua model manual dan automatik dibekalkan ciri diferensial gelincir terhad (LSD) belakang Torsen untuk cengkaman lebih baik ketika melayan selekoh.

Tidak hanya menjual imej TRUENO, model istimewa ini didatangkan dengan Performance Package berserta damper ZF SACHS dan brek Brembo sebagai ciri standard.

Pelanggan varian GR86 boleh mendapatkan pakej sama sebagai tambahan dan boleh dipasang pada GR86 model 2022 atau 2023 dengan rim 18 inci untuk kelegaan set brek.

Damper SACHS diisi nitrogen tekanan tinggi dan bendalir yang direka untuk menyerap getaran dalam sebarang kelajuan dan memaksimum kontak dengan permukaan jalan. Ia juga direka untuk karakter stereng rigid dan stabil bagi mengimbangkan respons jalan dan keselesaan memandu.

Kaliper brek Brembo 4-piston merah dipadankan cakera brek 325mm x 33mm di depan, dan kaliper brek 2-piston dengan brek cakera 314mm inci x 20mm inci di belakang.

Dari segi keselamatan, transmisi manual dibekalkan ciri Active Safety Suite yang menggunakan kamera stereo untuk ciri Brek Pra-Pelanggaran (PCB), Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).

Lagi ciri diberikan adalah Amaran Lencong (Sway Warning), Pengingat Kenderaan Depan Mula Gerak dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) yang sebelum ini dtawarkan pada Toyota GR86 versi automatik.

BACA >>> Toyota Vellfire dan Alphard (2023) Lancar di Jepun dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!
BACA >>> Toyota Tacoma TRD Pro (2024) Tampil Bergaya, Lasak dengan Suspensi FOX
BACA >>> Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Toyota GR86 TRUENO Edition

Toyota Corolla-GT-S Liftback 1986

 

GR Toyota Toyota GR86 Toyota GR86 TRUENO Edition Toyota GR86 TRUENO Edition 2024
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod Baharu di Nürburgring!

    07/05/2026
    Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911

    07/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    07/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.