Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR Yaris 2024 yang Lebih Berkuasa dengan Rupa Diperbaharui, Kini Ada Gear Auto!
Roda4

Toyota GR Yaris 2024 yang Lebih Berkuasa dengan Rupa Diperbaharui, Kini Ada Gear Auto!

Abang HirataBy Abang Hirata06/02/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA nampaknya menumpukan perhatian penuh kepada si anak jantan GR Yaris yang mana model 2024 diperkenalkan di Jepun itu tidak dibuat ala kadar, tetapi melibatkan penukaran komponen luaran, dalaman, enjin dan kotak gear baharu.

Pembaharuan dibuat begitu menarik kerana menggunakan slogan ‘Thanks for breaking it’ yang dituju kepada pemandu yang ‘membelasah’ kereta hingga kepada hadnya.

Respons daripada pemandu tidak hanya diterjemah kepada unit kuasa, tetapi turut melibatkan aspek badan, luaran, dalaman dan pelbagai lagi untuk meningkat prestasi GR Yaris.

Satu lagi perubahan mengejut adalah penawaran kotak gear automatik 8-kelajuan, GAZOO Racing Direct Automatic Transmission.

Kotak gear automatik itu dibangunkan berdasarkan hasrat Pengerusi Toyota Motor Corporation (TMC) dan Master Driver Akio Toyoda atau Morizo yang mahu menawarkan keseronokan memandu kepada seramai mungkin selain meluaskan skop permotoran.

Hasilnya, sebuah kereta yang direka supaya pelbagai jenis pemandu dapat menikmati pemanduan sporty dan bersaing dalam sukan permotoran sepuas hati.

Luaran Berasaskan Respons Kumpulan Terlibat Sukan Permotoran

  • Gril bawah menggunakan jaring besi nipis, ringan dan kuat. Bahagian sisi bawah bampar mempunyai struktur berasingan supaya mudah dibaiki atau diganti jika terkena batu ketika perlumbaan, sekali gus mengurangkan kos baik pulih.
  • Gril sisi bawah mempunyai bukaan lebih besar untuk prestasi penyejukan. Sisi bampar ada liang untuk mengalirkan haba ekzos dari subradiator (pilihan Cooling Package) dan penyejuk bendalir kotak gear automatik.
  • Bukaan sudut bawah braket bampar belakang membolehkan udara keluar dari lantai kereta dan mengurangkan seretan aerodinamik, sekali gus meningkat pemanduan dan kestabilan selain mengeluarkan haba dari peredam ekzos.
  • Nyalaan lampu atas dan bawah baharu bagi meningkatkan penglihatan ketika berlumba. Lampu brek ketiga pada spoiler ditanggalkan dan dipindahkan untuk kebebasan mengubah suai.
Casis, Badan diperkuat untuk Pemanduan Lebih Lasak
  • Jumlah bolt yang mengikat badan dengan sistem suspensi ditambah dari satu kepada tiga unit bagi menahan perubahan penjajaran ketika memandu dan meningkatkan tahap respons kereta mengikut operasi stereng dan meningkatkan kestabilan pengendalian.
  • Menambah jumlah kimpalan titik sekitar 13 peratus dan bahagian perekat struktur 24 peratus. Badan lebih tegar dan menyumbang kepada peningkatan kestabilan pengendalian dan keselesaan.
Enjin Lebih Berkuasa
  • Enjin 3-silinder 1.6L turbo berkuasa 302hp berbanding 270hp sebelum ini. Tork dinaikkan kepada 400Nm daripada 370Nm.
Kotak Gear GAZOO Racing Direct Automatic Transmission

  • Automatik 8-kelajuan.
  • Dibangunkan berasaskan sukan permotoran dan jalan raya.
  • Diuji pemandu Pasukan Rali Dunia TGR (TGR-WRT) atas pelbagai permukaan jalan, termasuk salji di Finland. Turut didedahkan kepada cabaran perlumbaan kejuaraan rali di Jepun, Rally Japan.
  • Diuji dalam Cabaran Rali TOYOTA GAZOO Racing dengan Naib Presiden TMC, Shigeru Hayakawa sebagai pemandu, manakala Morizo mengujinya dalam Siri Super Taikyu.
  • Diuji pemandu dan pelumba amatur yang memainkan peranan dalam proses ‘breaking and fixing‘ berulangan.
  • Perisian kawalan transmisi automatik dioptimum untuk pemanduan sporty. Perisian mengesan cara pemandu menekan brek dan menggunakan pedal kelajuan dan menjangka keperluan anjakan gear dan memberikan gear diperlukan mengikut hasrat pemandu. Pemilihan gear sebegitu seperti penukaran gear pelumba profesional.
  • Kelajuan anjakan gear cekap hasil penambahbaikan pada perisian kawalan transmisi dan penggunaan bahan tahan haba tinggi pada klac anjakan gear.
  • Pemandu dapat menikmati sepenuhnya julat kuasa enjin melalui gear nisbah rapat.
  • Varian RZ High Performance dilengkapi ciri diferensial gelincir terhad Torsen LSD.
Bahagian Dalaman dengan Penglihatan Lebih Baik Hasil Respons Pemandu Profesional

  • Papan pemuka baharu. Panel kawalan dan skrin dicondongkan 15 darjah ke arah pemandu.
  • Perhatian khusus diberi kepada kedudukan suis supaya mudah digunakan pemandu.
  • Postur pemanduan ditingkatkan dengan merendahkan kedudukan sebanyak 25.
  • Pemandangan depan ditambah dengan menganjak cermin pandang belakang ke bahagian atas cermin besar dan merendahkan sudut atas panel tengah sebanyak 50 mm.
  • Tuil gear dinaikkan 75 mm berbanding GR Yaris RS CVT dan pada kedudukan sama seperti tuil gear manual GR Yaris.
  • Brek tangan disesuaikan mengikut GAZOO Racing Direct Automatic Transmissio dengan mengambil kira pemanduan di dalam rali dan gymkhana.
  • Kaedah penukaran gear ditukar dan mengambil kira pembelajaran dari sukan permotoran. Penukaran gear atas (pecutan) ditukar dengan menarik gear dan penurunan (nyahpecutan) ditukar kepada penolakan ala kotak gear jujukan.
  • Skrin TFT warna penuh saiz 12.3 inci dipengaruhi pelumba profesional. Model automatik dilengkapi paparan suhu transmisi dan amaran sekiranya gear tidak boleh diturunkan disebabkan rev terlalu tinggi. Perubahan dibuat mengikut permintaan pemandu kereta prototaip dalam Kejohanan Rali Jepun termasuk amaran yang mudah difahami walaupun ketika helmet dipakai.
Sistem Penyejukan dan Cooling Package baharu
  • Kuasa enjin lebih tinggi dan penggunaan GAZOO Racing Direct Automatic Transmission memerlukan prestasi penyejukan lebih baik.
  • Penyejuk bendalir transmisi automatik dilengkapi dari kilang.
  • Pilihan
  • Pilihan Cooling Package dengan perkakasan tambahan seperti sub-radiator, kemasukan udara sejuk dan penyembur intercooler.
Drive Mode Baharu
  • Tetapan stereng kuasa elektronik, penyaman udara dan trenkuasa dibuat mengikut pilihan pemandu dan jenis aktiviti permotoran.
Circuit Mode Baharu
  • Menterjemah potensi GR Yaris.
  • Kawalan anti lengahan (anti-lag).
  • Peningkatan had kelajuan untuk digunakan di litar lumba.
  • Kipas penyejukan untuk memaksimumkan output dan merendahkan suhu air enjin.
  • Penunjuk pemasa penukaran gear.
Brek Tangan ala Permotoran
  • Penawaran brek tangan menegak untuk GR Yaris RC.
  • Menggunakan input dari Kejohanan Rali Jepun.
  • Jarak tuil dan stereng yang dekat dan lebih cepat digunakan.
Toyota GR Yaris 2024 (Jepun)
GR Roda4 Toyota Toyota GR Yaris Toyota GR Yaris 2024 Toyota Yaris Yaris
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.