Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!
Roda4

Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!

Abang HirataBy Abang Hirata22/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS segala gembar-gembur tersebar, Toyota Motor Corporation akhirnya mengumumkan pelancaran GR Supra baharu ke pasaran Jepun yang boleh diibaratkan sebagai sang wira yang pulang ke tempat asalnya.

Menariknya, tempahan model ini bukan menggunakan kaedah biasa tetapi cuma boleh dibuat secara atas talian bermula jam 1 tengah hari, 17 Mei hingga 14 Jun ini. Pengumuman tempahan yang berjaya pula akan dibuat melalui cabutan dan akan diumumkan pada acara kejuaraan perlumbaan enduran 24 Hours of Nürburgring (22 – 23 Jun) yang mana model itu turut mengambil bahagian.

Supra baharu sebenarnya ialah model kereta sport global pertama di bawah jenama GR, Toyota GAZOO. Sejak kali pertama menyertai 24 Hours of Nürburgring pada 2007, Toyota GAZOO Racing mensasarkan menggunakan platform sukan permotoran untuk membangunkan sumber manusia dan jentera dalam menghasilkan kereta yang lebih baik atau ‘making ever-better cars’ sebagai mantera Toyota.

BACA >>> 5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) ‘Tapau’ di Litar Nurburgring

Pengetahuan dan ilmu yang dikumpul selama tempoh tersebut disalurkan kepada program untuk menghidupkan semula Supra dalam bentuk GR Supra iaitu sebuah kereta yang mampu menyeronokkan mana-mana pemandu dunia.

KERETA SPORT GLOBAL PERTAMA TOYOTA

Seperti diketahui umum, Supra ialah produk pertama hasil kerjasama antara Toyota dan BMW, manakala pengeluarannya dibuat di kilang Magna Steyr, Graz di Austria. Ia kemudian akan dihantar menggunakan kapal laut dan menerusi kilang Toyota di Motomachi, Jepun sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Supra A90 atau generasi ke-6 ialah kemunculan semula model legenda ini selepas bercuti selama 17 tahun. Sejak model pertama diperkenalkan pada 1978, semua generasi Supra menggunakan bentangan enjin depan, pacuan belakang (FR) dan dikuasakan enjin 6-silinder sebaris.

Bagi GR Supra baharu, Toyota menawarkan dua jenis enjin: 6-silinder sebaris 3.0L Turbo dan 4-silinder sebaris 2.0L Turbo. Enjin 3.0L Turbo mempunyai tork 500Nm serendah putaran enjin 1,500 rpm yang menunjukkan kuasa mampu ditagih pada halaju lebih rendah.

Enjin 2.0L Turbo pula mempunyai dua talaan kuasa berbeza, iaitu pada prestasi maksimum 256hp untuk pemanduan prestasi dan satu lagi ialah 195hp untuk pemanduan bersahaja dalam bandar atau lebuh raya. Sebenarnya, tiada masalah dengan kuasa dan prestasi kerana di luar sana sudah ada tuner yang sudah bersedia menaik taraf model legenda ini.

BACA >>> Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia – Harga RM460k

Di bawah ini ialah butiran varian dan harga GR Supra spesifikasi Jepun. Sebagai perbandingan, BMW Z4 sDrive30i M Sport bakal ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM460,000.

GredEnjinTransmisiBentangan EnjinHarga*
Yen (RM)
SZB48 (2.0L Turbo)8-kelajuan Sports AutomaticEnjin depan,

pacuan belakang (RWD)

4,900,000 (186,000)
SZ-R5,900,000 (223,965)
RZB58 (3.0L Turbo)6,900,000 (261,925)

UMW Toyota Motor juga turut mengumumkan penawaran Supra ke pasaran tempatan yang semestinya mejnadi saingan terus kepada Nissan GT-R dan Ford Mustang.

BACA >>> Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888

Roda4 Toyota Toyota GR Supra Toyota Motor Corporation Toyota Supra Toyota Supra GR
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.