Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota GAZOO Racing, Super GT Jalin Kolaborasi Musim Ini
Auto Terkini

Toyota GAZOO Racing, Super GT Jalin Kolaborasi Musim Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Vios Challenge yang menjadi acara utama Festival  Toyota GAZOO Racing (TGR) di Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada 2017 mendapat sokongan hebat peminat sukan permotoran tempatan.

Ini dibuktikan dengan jumlah 1.1 juta tontonan sepanjang tahun lalu yang mendorong UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan festival tersebut untuk musim ketiga tahun ini.

Kejayaan itu turut menarik perhatian pihak siri perlumbaan grand touring dari Jepun, Super GT yang berminat bekerjasama dengan TGR bagi merancakkan lagi festival tersebut dengan tambahan pelbagai aktiviti menarik seperti pengalaman berlumba ala Super GT dalam setiap pusingan Toyota Vios Challenge.

BACA >>> Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

Ketua Pegawai Permotoran dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menganggap kolaborasi dengan Super GT adalah  sesuatu yang membanggakan.

“Besar harapan kami dapat melebarkan sayap arena sukan permotoran ke peringkat lebih tinggi. Peluang sebegini meletakkan TGR setanding perlumbaan berprestij seperti Super GT,” katanya.

toyota gazoo racing batu kawan

Selain perlumbaan dalam trek seperti Toyota Vios Challenge, Festival TGR juga menganjurkan pertandingan permainan video berbilang rangkaian secara atas talian, Gazoo Racing Velocity e-Sports yang baru saja menamatkan siri perlumbaan musim kedua tahun lalu.

Gazoo Racing Velocity e-Sports ialah permainan video e-sukan terbesar Malaysia, manakala UMWT pula menjadi pengeluar empat roda pertama Malaysia menganjurkan permainan seperti itu. Kolaborasi ini juga bakal menampilkan jentera baharu, Toyota Supra.

Lebih istimewa, orang ramai boleh merasai pengalaman memandu sendiri jentera prestasi tinggi pertama GR itu. Jangan lepaskan peluang menonton pusingan keempat Festival TGR musim ketiga yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, 18 dan 19 April ini.

Keterangan lanjut boleh layari laman web ToyotaGazooRacing.

BACA >>> Toyota Vios Challenge 3.0: Aksi Final di Sepang Berlangsung Tanpa Penonton

Akio Takeyama Auto Terkini Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Gazoo Racing Velocity e-Sports Litar Antarabangsa Sepang Super GT Jepun TGR 2020 TGR Festival Musim ke-3 TGR Vios Challenge Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) UMW Toyota Motor Vios Challenge
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.