Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Vios Challenge 3.0: Aksi Final di Sepang Berlangsung Tanpa Penonton
Auto Terkini

Toyota Vios Challenge 3.0: Aksi Final di Sepang Berlangsung Tanpa Penonton

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUAT kali pertama sepanjang tiga musim berlalu, siri perlumbaan Toyota Vios Challenge yang menjadi acara utama Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) secara tertutup tanpa kehadiran penonton pada pertengahan April ini akibat wabak Covid-19.

Pusingan terakhir itu akan dibarisi pelumba daripada kalangan pelumba amatur, pelumba profesional dan selebriti popular tanah air. Ini bermakna perlumbaan akan diteruskan dengan hanya melibatkan kehadiran pelumba, ahli pasukan dan krew sahaja.

BACA >>> Toyota Vios Challenge 3.0: Nabil Ahmad Naik Podium Juara Promotional!

Penganjur utama Festival TGR, UMW Toyota Motor (UMWT) tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan bahaya, termasuk mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan semua pengunjung termasuk kru dan pelumba terlibat.

Ketua Pegawai Sukan Permotoran Toyota, Akio Takeyama berkata, acara kali ini hanya melibatkan barisan pelumba dan ahli pasukan terlibat sahaja. Ujian saringan kesihatan juga akan dijalankan bagi memastikan setiap individu berada dalam keadaan sihat bagi melengkapkan baki saingan perlumbaan musim ini.

Bagaimanapun, peminat masih berpeluang menyaksikan perlumbaan tersebut menerusi tayangan yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook ToyotaMalaysia. Sebarang maklumat lanjut menegnai TGR boleh layari laman web www.toyota.com.my/tgrmalaysia atau lawati Facebook ToyotaMalaysia.

BACA >>> Toyota Vios Challenge: Sutan Mustaffa Kali Pertama Beraksi di Batu Kawan

Toyota Vios Challenge
Toyota Vios Challenge
Akio Takeyama Auto Terkini Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) sukan permotoran TGR Festival Musim ke-3 Toyota Vios Challenge
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.