Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Corolla Sedan, Touring Tampil Berbeza untuk Pasaran Jepun, Ikut Versi China
Auto Terkini

Toyota Corolla Sedan, Touring Tampil Berbeza untuk Pasaran Jepun, Ikut Versi China

Abang HirataBy Abang Hirata18/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Corolla dengan rekabentuk serba baharu akan muncul di pasaran tempatan tidak lama lagi. Bagi Toyota sendiri, Corolla adalah model penting di peringkat dunia berdasarkan angka jualan melebihi 47.5 juta unit sejak dilancarkan pada 1966. Sudah lebih separuh abad!

Corolla generasi baharu dilancarkan tahun lalu dengan tiga rekabentuk berbeza untuk pasaran Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan China (dikenali sebagai Levin). Model sedan untuk pasaran Asean pula lebih mirip kepada versi Eropah.

BACA >>> Toyota Corolla Altis Serba Baharu Kini Buka Tempahan, Harga Bermula RM129k

Toyota Corolla Malaysia adalah mirip versi Eropah

TIGA GAYA BADAN BERBEZA

Ini berbeza dengan Toyota Japan apabila pengeluar itu memperkenalkan Corolla serba baharu dengan satu lagi rekabentuk gaya badan berbeza untuk model sedan dan wagon (dinamakan Corolla Touring).

COROLLA SEDAN
COROLLA TOURING
COROLLA SPORT

Corolla dan Corolla Touring versi Jepun berkongsi bampar dengan Levin di China, manakala Corolla Sport (hatchback) pula kekal dengan gaya sama seperti Eropah dan AS.

Apa yang istimewa, Corolla versi Jepun ada ketiga-tiga jenis gaya badan berbeza: sedan, hatchback dan wagon. Sebagai perbandingan, di Thailand dan negara kita, cuma Corolla sedan ditawarkan setakat ini.

Dari segi spesifikasi enjin, ketiga-tiga jenis model menampilkan pilihan 1.8L, 1.2L Turbo dan 1.8L Hibrid. Enjin 1.8L dan 1.2L ditawarkan dengan dua pilihan transmisi: manual 6-kelajuan atau CVT 10-kelajuan Super CVT-i. Pembeli juga boleh memilih jenis pacuan sama ada pacuan roda depan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD) mengikut varian dan jenis model.

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan

TOYOTA SAFETY SENSE UNTUK SEMUA VARIAN

Mengenai teknologi keselamatan pula, semua model Corolla dilengkapkan ciri Toyota Safety Sense terbaharu yang mampu mengesan basikal dan pejalan kaki ketika memandu malam. Teknologi sonar Intelligent Clearance Sonar pula dibekalkan pada varian WxB dan S (sedan dan wagon) yang berfungsi mengesan tembok dan kenderaan lain ketika memandu dalam halaju rendah di petak parkir atau kawasan seumpamanya.

Pengguna turut ditawarkan opsyen ciri Brek Auto Trafik Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Auto Brake, RCTAB) yang berfungsi mengesan kenderaan berdekatan ketika mengundur untuk mengelak atau mengurangkan impak perlanggaran. Juga ada 7 beg udara untuk perlindungan optimum buat semua penumpang dalam kabin.

Toyota mensasarkan menjual 1700 unit Corolla, 5,400 unit Corolla Touring dan 2,300 unit Corolla Sport sebulan dengan harga bermula 1,936,000 yen (RM74,910) hingga 2,997,500 yen (RM115,980).

BACA >>> SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

GALERI
TOYOTA COROLLA SEDAN
COROLLA SEDAN
TOYOTA COROLLA TOURING
COROLLA TOURING
TOYOTA COROLLA SPORT
COROLLA SPORT
Intelligent Clearance Sonar Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Sport Toyota Corolla Touring Toyota Safety Sense
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.