Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
Roda4

Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa

Abang HirataBy Abang Hirata29/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAN dan hatchback bergaya, Toyota Corolla pasaran Amerika Syarikat didatangkan dalam varian istimewa, Nightshade Edition untuk model 2024.

Jika berkenan dengan model Corolla baharu, kedua-dua gaya badan sudah ada di pasaran tempatan, termasuk model prestasi Toyota GR Corolla hatchback.

Di Amerika Syarikat (AS), edisi Nightshade adalah kesinambungan kepada tawaran sebelum ini dan turut ‘dipakaikan’ pada model Toyota lain.

Bagi versi Nightshade Edition (2024), Toyota mengunakan varian SE sebagai asas, terdiri daripada varian sedan, hibrid dan hatchback.

Identiti edisi Nightshade diserlahkan dengan lencana dan aksen hitam dengan rim 18 inci warna gangsa yang menaikkan imej kontras. Malah gangsa ialah  warna rim popular dalam kalangan pengubah suai kereta.

Bahagian gril dalam warna hitam kilat dan dipadan logo hitam Toyota, manakala bahagian sisi menggunakan panel rocker dan cermin sisi hitam dengan fungsi pemanas.

Tema hitam diteruskan di belakang seperti logo, antena sirip yu, lip spoiler dan difuser bawah. Model hatchback tampil istimewa dengan spoiler besar dan bumbung dwi-tona.

Pembeli juga ditawarkan versi pacuan roda depan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD) elektronik berasaskan permintaan (on-demand). Sistem AWD menggunakan motor elektrik berasingan yang memacu roda belakang apabila diperlukan.

Kedua-dua pacuan FWD dan AWD dijana enjin 1.8L berkuasa 138hp dengan dua motor elektrik. Varian sedan dan hatchback pula dibekalkan enjin 2.0L berkuasa 169hp.

Ruang kabin dilengkapi kerusi sport, kluster instrumen paparan multi-info (MID) 4.2 inci dan unit infotainmen Toyota Audio Multimedia dengan skrin sentuh 8 inci.

Dari segi keselamatan, semua varian dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 sebagai ciri standard. Varian sedan dan hibrid ditawarkan pilihan warna Midnight Black Metallic (hitam), Classic Silver Metallic (perak) dan Ice Cap (putih).

Varian hatchback pula dalam pilihan warna Windchill Pearl (putih) dan Classic Silver Metallic (perak) dengan bumbung Midnight Black Metallic Roof (hitam). Juga ditawarkan warna Midnight Black Metallic (hitam).

BACA >>> Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
BACA >>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)

Toyota Corolla Hatchback Nightshade Edition (2024)
Toyota Corolla Sedan Nightshade Edition (2024)
Roda4 Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Nightshade Edition Toyota Corolla Nightshade Edition 2024
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.