Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla Apex Edition – Sedan Edisi Terhad untuk Pemanduan Sporty
Roda4

Toyota Corolla Apex Edition – Sedan Edisi Terhad untuk Pemanduan Sporty

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Amerika Syarikat memperkenalkan Corolla Apex Edition dengan imej  serba sporty seperti yang dapat dilihat pada model seperti Camry dan Avalon baharu.

Model ini bukan sekadar menampilkan perubahan kosmetik, tetapi turut dikemas kini aspek pemanduan dan pengendalian. Hanya 6,000 unit saja dikeluarkan dan ditawarkan dalam dua varian berbeza, Corolla SE dan XSE.

BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Pemilihan nama juga menarik. Apex merujuk kepada bucu atau titik selekoh paling dalam untuk seorang pelumba mendapatkan masa terbaik dalam trek atau keseimbangan pemanduan sebelum dan selepas selekoh.

Corolla Apex Edition dikuasakan enjin 2.0L DynamicForce dengan transmisi automatik Dynamic Shift CVT 10-kelajuan Sequential Shiftmatic, mod Sport dan pedal syif. Jika mahu lebih sensasi, Toyota menawarkan 120 unit varian transmisi manual pintar 6-kelajuan (6 iMT) yang diasaskan daripada Corolla SE.

Lebih mengujakan, 6 iMT mempunyai padanan kelajuan enjin (rev match) ketika gear diturunkan yang dapat memastikan penukaran gear dibuat selancar ala pemandu profesional. Enjin dibekalkan menghasilkan kuasa 169hp @ 6,600 rpm dan tork 205Nm @ 4,800rpm.

Bagi menepati terma Apex Edition, Toyota mengubah tetapan suspensi yang menepati pemanduan trek. Dinamik pemanduan dibangunkan dan diuji di pelbagai litar serata dunia seperti Tapak Ujian (Proving Ground) TMC Higashi-Fuji di Jepun, Tapak Ujian Toyota Arizona dan MotorSport Ranch di Texas.

BACA >>> Toyota GR Yaris – Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

PERUBAHAN

  • Koil spring khas untuk memberikan profil kereta rendah 6 inci.
  • Anjalan spring (spring rate) dipertingkat dan olengan badan dikurangkan, manakala respon stereng ditambah. Pemanduan selekoh lebih stabil.
  • Absorber ditala khas dengan spring dalaman untuk meningkatkan daya redam (damping) dan mengawal pergerakan vertikal dan olengan.
  • Bar stabiliser untuk mengurangkan darjah (º) olengan dan meningkatkan ketangkasan kereta.
  • Penahan/penyerap impak (jounce bumper) baharu supaya profil kereta yang rendah tidak menganggu kualiti pemanduan.
  • Pakej suspensi baharu meningkatkan ketegaran olengan 47 peratus di depan dan 33 peratus di belakang.
  • Rim aloi 18 inci dibangunkan khas untuk membantu menyejukkan brek dan berat rim kini lebih ringan, 1kg setiap rim.
  • Rim aloi boleh dipadankan dengan tayar semua musim atau musim panas untuk menambah baik cengkaman lateral, ketajaman stereng dan respons rewang (yaw response).
  • Stereng Elektronik Kuasa (EPS) talaan khas supaya setara dengan perubahan suspensi.
  • Ekzos catback dengan bunyi agresif ketika enjin dihidupkan dan garang ketika memecut.
  • Paip ekzos 3.5 inci.

CIRI KESELAMATAN

  • 10 beg udara
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Sistem Pra Pelanggaran dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki pada waktu kurang cahaya dan Pengesan Basikal pada siang.
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) Kelajuan Penuh (CVT sahaja).
  • Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Stereng dan Pengesanan Sempadan Jalan.
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Bantuan Pengesanan Laluan (LDA).
  • Pengecaman Tanda Jalan (RSR).
  • Ciri Matikan Enjin Automatik (Automatic Engine Shut-Off)

Dengan segala pembaharuan itu, tidak lengkap jika badan kereta ditinggalkan kosong. Corolla Apex Edition dilengkapi kit badan hitam dengan kemasan tembaga, spoiler depan, pelindung lampu kabus, skirt sisi dan difuser belakang untuk membantu kestabilan dalam kelajuan tinggi.

Spoiler ditawarkan sebagai aksesori tambahan untuk pemilik yang mahukan penampilan lebih sporty. Ada tiga warna pilihan: Black Sand Pearl, Cement dan Super White yang didatangkan dengan bumbung Black Sand Pearl.

BACA >>> Toyota Perkenal Tiga Varian GR Yaris dalam Versi Turbo dan NA

GALERI
Roda4 Sedan Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Apex Edition Toyota USA
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
    Auto Terkini

    Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.