Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Century – Limosin Mewah yang Berharga Dua Model Lexus LS
Roda4

Toyota Century – Limosin Mewah yang Berharga Dua Model Lexus LS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN Lexus dikenali sebagai sub divisyen mewah bagi Toyota, itu bukan bermakna pengeluar Jepun itu sudah berhenti menghasilkan model-model mewah.

Selain Crown, Toyota juga mempunyai Century yang sekian lama menjadi simbol kewibawaan Jepun dan juga satu-satunya model dari Negara Matahari Terbit itu yang menggunakan enjin V12. Selepas 21 tahun, Century kini muncul semula dengan kos yang menyamai dua model Lexus LS standard versi luar negara. Harganya ¥19.6 juta (RM7,130,120) sahaja. 😛

Century tidak memerlukan perubahan radikal kerana apa yang penting ialah mengekalkan dan menghormati nilai tradisi klasik dengan mengutamakan penumpang belakang.

BACA >>> Toyota Century Hibrid (2018) – Limosin Mewah Sarat Tradisi Jepun

Sejak 1967, Century baharu ini baru masuk model generasi ketiga, termasuk enjin V8 hibrid. Sebagai perbandingan, Porsche 911 yang melakukan debut pada 1963 sudah pun enam generasi. Ya, betapa ‘malasnya’ Century mahu berubah.

Apapun, prinsip asas Century ialah evolusi, bukan revolusi dan inilah sebab perubahannya perlahan. Tentu saja segala pembaharuan harus mempertimbangkan aspek kemewahan, penghormatan dan wibawa sebuah sedan mewah dengan cita rasa Jepun.

NILAI TRADISI KEKAL

Rekaan dan nisbah ukuran Century dari segi lampu, gril depan, kemasan krom dan lain-lainnya kekal sama sejak dahulu hingga kini. Century masih memakai logo burung khas (Phoenix) yang diukir manual dengan kepakaran pengukir profesional selama 6 minggu sebelum ditampal atas bonet.

Warna hitam Century, dinamakan Kamui, didakwa sebagai hitam abadi. Bumbung tinggi dan lantai rendah menyumbang kepada keluasan kabin berbanding generasi kedua.  Kemewahan dalaman diserlahkan menerusi penggunaan material logam, kayu, kulit dan wul (kapas daripada bulu biri-biri).

Sebenarnya Century menggunakan upholsteri kulit tetapi kebanyakan pengguna Jepun lebih suka menggunakan wul (wool) kerana lebih mewah, halus dan selesa. Sebagai sedan yang mengutamakan keselesaan penumpang, pintu belakang direka lebih tinggi dan panjang, manakala sudut bukaan pintu lebih lebar.

BACA >>> 10 Trivia Menarik Mengenai Limosin Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Demi ketenangan pemilik, Century didatangkan pelbagai ciri premium seperti lampu depan LED adaptif, termasuk lampu meja, dan lampu baca LED, sistem bunyi premium dengan 20 pembesar suara, kerusi elektrik dengan fungsi urutan, tirai tingkap, perehat kaki dan pakej Toyota Safety Sense yang lengkap dengan amaran pra rempuhan (PCW), pemantauan titik buta (BSD) dan amaran trafik lintas belakang (RCTA).

Jika model lama didatangkan dengan enjin V12, Century terbaharu ini dipacukan enjin V8 hibrid 4.9L berkuasa 375hp dan tork 510Nm. Tambahan kepada trenkuasa konvensional itu ialah 220hp dan 299Nm yang dijana daripada motor elektrik.

GALERI
Lexus LS Roda4 Toyota Toyota Century Toyota Safety Sense UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.