Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Toyota C-HR Tolong Ryu Lawan M Bison dalam Street Fighter II
Autotainment

Toyota C-HR Tolong Ryu Lawan M Bison dalam Street Fighter II

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA menyebut JEPUN, ada tiga perkara yang biasanya terlintas dalam fikiran. Pertama, negara pengeluar jenama automotif berstatus global dan kedua, negara pencipta pelbagai permainan video (game) menarik dan mengujakan. Ketiga, Godzilla (boleh abaikan tentang ini).

Terbaru, Toyota Jepun menyiarkan iklan komersil untuk negara itu dengan memaparkan dua daripada tiga perkara di atas. Iklan tersebut membawa masuk crossover Toyota C-HR ke dalam game arked popular Capcom, Street Fighter II, di mana protagonis utama, Ryu masuk ke dalam kereta itu dan pergi menjelajah seluruh dunia dengan melawat pelbagai pentas pertarungan berbeza untuk bertemu karakter lain dalam game itu. Turut menyerikan lagi iklan bertema game itu ialah lagu latar dendangan kumpulan rock legenda dunia, Queen, ‘Keep Yourself Alive’.

BERTARUNG DALAM KERETA

Penamat iklan menyaksikan pertarungan antara Ryu dan ketua penjahat, M Bison. Menariknya, Ryu bertarung sambil memandu C-HR dengan menangkis serangan Bison menggunakan bonet kereta yang dibuka, manakala serangan dibuat secara melancarkan kuasa laser daripada lampu utama kereta hingga lawannya itu tumpas.

Kemenangan akhir Ryu disudahi dengan aksi tumbukan ‘upper-cut’ ke udara yang cukup terkenal di kalangan peminat game itu sebagai jurus ‘Shoryuken’.

Apakah Toyota benar-benar serius mahu mencabar pasaran crossover antarabangsa? Jika di Malaysia, trend global – crossover – dilihat semakin diminati pembeli negara ini. Lihat saja jualan Honda menerusi kehadiran HR-V dan BR-V yang dikatakan antara punca utama pesaing itu menguasai pasaran kereta bukan nasional di Malaysia.

Apapun, kita layan dulu iklan komersil di bawah:

SUMBER: Autoblog

autotainment Capcom Crossover game iklan komersil Toyota C-HR Keep Yourself Alive permainan video Queen Street Fighter II Toyota Toyota C-HR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026

1 Comment

  1. batman on 21/02/2017 23:25

    anime

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.