Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Avalon (2020) – Sedan Perdana yang Lebih Besar daripada Camry
Roda4

Toyota Avalon (2020) – Sedan Perdana yang Lebih Besar daripada Camry

Abang HirataBy Abang Hirata27/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI BANYAK negara, Toyota Camry ialah sedan paling besar dan mewah boleh dimiliki pengguna. Bagaimanapun, di beberapa pasaran lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, ada satu model lain yang lebih besar dan mewah, namanya Avalon.

Model perdana ini kali pertama diperkenalkan pada 1994 di AS sebagai pengganti Cressida. Selama beberapa generasi, model ini menggunakan platform Camry yang dipanjangkan sebelum berkongsi dengan Lexus ES.

Avalon diperlukan untuk memenuhi selera pengguna AS yang sudah biasa dengan sedan besar seperti Buick dan Cadillac. Selain sedan saiz penuh, Avalon secara tradisi dibekalkan enjin besar bersesaran 2,500cc dan 3,500cc.

Avalon baharu kini memasuki generasi ke-5 dan kali pertama ditayangkan di Pameran Auto Antarabangsa Detroit pada Januari tahun lalu. Sama seperti Camry, penampilan Avalon terbaharu lebih agresif dan menonjol.

Model ini dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dengan dimensi lebih rendah dan lebar berbanding generasi terdahulu. Model ini juga berkongsi platform TNGA-K dengan Lexus ES baharu.

Trenkuasa yang menggerakkan Avalon ialah enjin 6-silinder 3.5L (2GR-FKS) berkuasa 301hp yang dipadan transmisi automatik 8-kelajuan dengan mod anjakan sekuensial.

Ciri lain dimiliki sedan mewah ini ialah paparan multi-info (MID) 7 inci, empat port USB, pembuka pintu garaj berintegrasi dan pengecas wayarles untuk peranti elektronik. Dari segi aspek keselematan, Avalon dipakejkan dengan Toyota Safety Sense P, terdiri daripada: Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Stereng, Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC).

Avalon turut dilengkapi Sistem Keselamatan Bintang Toyota, 10 beg udara, Monitor Titik Buta (BSM) dan macam-macam ciri lain. Kepada yang tertanya, berapakah besar Avalon ini, berikut perbandingan dengan Camry baharu:

  • Avalon: 2,870mm (j/r). 4,980mm (p) x 1,850mm (l) x 1,440mm (t)
  • Camry: 2,820mm (j/r). 4,880mm (p) x 1,840mm (l) x 1,450mm (t)

Jika anda pernah terserempak Camry baharu, sedan itu memang sudah sedia besar. Tetapi Avalon ini lebih besar daripada Camry. Di Kanada, Avalon ditawarkan dalam dua varian:

  • Avalon XSE – A$42,690 (RM134,656)
  • Avalon Limited – A$48,450 (RM152,824).

BACA >>> SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

GALERI
Sedan sedan saiz penuh Toyota Toyota Avalon Toyota Avalon (2020) Toyota Camry
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.