Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Aqua GR Sport (2023) Diperkenal di Jepun, Model Hibrid dengan Gaya Sporty!
Roda4

Toyota Aqua GR Sport (2023) Diperkenal di Jepun, Model Hibrid dengan Gaya Sporty!

Abang HirataBy Abang Hirata08/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERONOK melihat perkembangan barisan model GR Sport daripada Toyota dengan pelbagai segmen seperti trak pikap Toyota Hilux. Model GR Sport adalah alternatif kepada model GR penuh yang lebih ‘hardcore’ dan berprestasi tinggi.

Seperkara menarik, Toyota juga tidak melupakan model hibrid dengan memperkenalkan Toyota Aqua GR Sport di Jepun pada 2017. Kini ada enam model GR Sport di Jepun, iaitu:

  • Toyota Aqua GR Sport
  • Toyota Yaris Cross GR Sport
  • Toyota Hilux GR Sport
  • Toyota Land Cruiser GR Sport
  • Toyota Copen GR Sport
  • Toyota C-HR GR Sport

Toyota  Aqua bukan model asing buat pengguna tempatan dengan generasi pertama dikenali sebagai Toyota Prius C. Terbaharu, pengeluar itu memperkenalkan Toyota Aqua GR Sport (2023) generasi kedua selepas Toyota Aqua serba baharu diperkenalkan pada Julai 2021.

Bagi Toyota Aqua GR Sport (2023) baharu, Toyota meningkatkan beberapa aspek seperti kestabilan stereng dan prestasi pecutan berbanding model terdahulu. Prestasi pemanduan dipertingkat dengan mengukuhkan ketegaran badan, talaan suspensi dan kawalan stereng berkuasa.

Dari segi penampilan, Toyota Aqua tampil lebih sportiy dengan imej lebih garang berbanding Toyota Aqua standard bergaya comel. Pakej trenkuasa hibrid masih kekal iaitu:

  • Kombinasi enjin 3-silinder 1.5L M15A-FXE berkuasa 90hp @ 5,500rpm, dan tork 120Nm @ 3,800rpm – 4,800rpm.
  • Enjin itu dipadankan motor elektrik 1NM berkuasa 79hp dan tork 141Nm, manakala transmisi jenis eletronik CVT dan hanya ditawarkan dalam pacuan dua roda (2WD).
Luaran
  • Bentuk bampar depan baharu membantu mengalirkan udara ke sekeliling tayar depan, sekali gus mengurangkan rintangan angin dengan dialirkan ke belakang.
  • Gril Functional Matrix dengan corak heksagon bentuk G dalam susunan simetri.
  • Bampar belakang dengan bahagian bawah corak G.
  • Skirt sisi lebih lebar yang menjadikan profil kereta lebih rendah.
  • Rim aluminium 17 inci dengan tayar POTENZA RE050A 205/45.
  • Kaliper brek merah dengan logo GR.
Dalaman
  • Kerusi sport dengan lencana GR.
  • Stereng kulit asli dan lencana GR.
  • Pedal aluminium.
  • Kemasan metalik perak gelap.
Komponen pengukuhan badan
  • Braket di dua bahagian bawah lantai mengikat bahagian kanan dan kiri kereta.
  • Tambahan penguat pada bampar belakang.

TALAN SUSPENSI

Depan
  • Absorber depan dan spring ditala khas.
  • Stabiliser, dan bushing arm bawah (lower-arm).
Belakang
  • Absorber belakang dengan spring khas GR Sport.
  • Bolt pengikat baharu.
Stereng
  • Talaan baharu untuk pemanduan lebih bersepadu.
  • Fiil stereng lebih sporty dalam mod POWER+.
Harga
  • Toyota Aqua GR Sport (2023) dijual pada harga 2,595,000 yen (RM84,300).

BACA >>> Toyota Corolla Hatchback Sudah Masuk Australia, Harga Mula RM86.4k
BACA >>> Toyota Prius (2023) Debut di Jepun dengan Pilihan Enjin Hibrid 2.0L, Boleh Cas Guna Solar

Toyota Aqua Z 2WD 2022

GR SPORT kereta hibrid Roda4 Toyota Toyota Aqua Toyota Aqua GR SPORT Toyota Aqua GR Sport (2023) Toyota GR Sport Toyota Prius C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.