Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla Hatchback Sudah Masuk Australia, Harga Mula RM86.4k
Roda4

Toyota Corolla Hatchback Sudah Masuk Australia, Harga Mula RM86.4k

Abang HirataBy Abang Hirata21/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA sudah mula memperkenalkan Toyota Corolla (2023) versi dipertingkat di beberapa negara dan terbaharu, Australia. Pelanggan di sana juga tidak perlu menunggu lama kerana model itu berada di bilik pameran bulan ini.

Perubahan paling signifikan Toyota Corolla (2023) ialah sistem hibrid yang lebih berkuasa, manakala bahagian kosmetik pula terhad seperti lampu dan rekaan gril. Model itu sebenarnya sudah sedia menarik tanpa memerlukan perubahan rekabentuk besar walaupun berada di pasaran sejak 2018.

BACA >>> #Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)
BACA >>> Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k

Berbeza pasaran Jepun dan Eropah, Toyota Corolla versi Australia ditawarkan dalam gaya badan hatchback dan sedan tanpa pilihan wagon. Berikut ciri Toyota Corolla (2023) versi Australia:

Trenkuasa Hibrid dan 2.0L Dynamic Force
  • Trenkuasa hibrid generasi kelima yang dipertingkat dengan tambahan kuasa 13kW (17.4hp) kepada output keseluruhan 103kW (138hp).
  • Dipadankan enjin petrol 1.8L dengan motor generator baharu, unit kawalan kuasa dan transgandar (transaxle) hibrid yang dikecilkan untuk tambahan prestasi.
  • Motor gandar depan dipertingkat dengan tambahan jumlah magnet dalam rotor.
  • Bateri litium-ion baharu yang 14 peratus lebih ringan selain mempertingkat kuasa input dan output.
  • Transmisi automatik CVT untuk model hibrid.
  • Turut ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman tunggal (ICE), 2.0L Dynamic Force dengan transmisi CVT 10-kelajuan dan mod anjakan sekuensial (sequential shift mode).
  • Kuasa 169hp dan tork 202Nm untuk hatchback Corolla yang sedikit berbeza daripada sedan Corolla dengan tork 203Nm.
Sistem Canggih Toyota Connected Services
  • Dilengkapi Toyota Connected Services (TCS) dengan peringatan automatik kepada pusat kecemasan apabila beg udara terbuka atau perlanggaran dikesan yang membolehkan pemandu berhubung terus dengan operator.
  • Pemandu juga boleh membuat isyarat secara manual kepada pusat panggilan atau penyedia khidmat kecemasan dengan memberi lokasi kenderaan menerusi butang SOS pada bumbung.
  • Sistem TCS dapat membantu pihak berkuasa mengesan kenderaan dicuri.
  • Fungsi aplikasi telefon pintar myToyota Connect (bergantung model terpilih) dengan ciri kunci dan menghidupkan enjin, termasuk mengaktifkan signal kecemasan serta hon kawalan jauh.
Toyota Safety Sense (TSS) Dipertingkat dan Teknologi Keselamatan

  • Teknologi Toyota Safety Sense (TSDD) dipertingkatkan seperti sistem pra-pelanggaran dengan pengesan motosikal, elak perlangaran simpang, bantuan kecemasan stereng, pengehad kelajuan halaju rendah.
  • Jarak cerap kamera dan radar lebih luas untuk mengesan halangan atau kenderaan.
  • Pemantau titik buta (BSM) ditambah, manakala bantuan pengesan lorong dipertingkat dengan tambahan fungsi henti pandu kecemasan yang membolehkan kereta berhenti perlahan apabila sistem tidak mengesan sebarang input daripada pemandu.
  • Sistem Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dipertingkat dengan empat tetapan jarak, pengesan kenderaan lebih awal dan bantuan nyah pecut apabila menukar lorong.
  • Corolla Ascent Sport dengan pilihan Convenience Pack, terdiri daripada pakej Amaran Trafik Lintas Belakangn (RCTA) dan sensor parkir depan-belakang, termasuk peringatan RCTA dan BSM untuk Toyota Corolla sedan.
Sistem Multimedia 

  • Unit infotinament skrin sentuh 8-inci dengan paparan baharu dan butang pintasan menu di bahagian pemandu.
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto .
  • Port USB-C bawah unit infotaionment.
  • Toytota Corolla hatchback dan Ascent Sport menerima skrin paparan multimaklumat (MID) 7-inci. Toyots Corolla ZR menggunakan kluster instrumen digital penuh bersaiz 12.3 inci.
  • Corolla Ascent Sport sedan hibrid dilengkapi sistem navigasi satelit terbina dalam.
Luaran dan Dalaman
  • Gril rekaan baharu untuk kedua-dua Toyota Corolla, hatchback dan sedan.
  • Visor matahari dengan lampu dan cermin untuk Toyota Corolla Ascent Sport sedan
  • Pengingat kerusi belakang untuk hatchback.
  • Rim 16 inci untuk Toyora Corolla Ascent Sport dan SX.
  • Wiper cermin dengan sensor hujan untuk Toyota Corolla SX dan cermin pandang belakang elektrokromatik serta tambahan prapenyaman udara kawalan jauh, sensor parkir depan dan belakang untuk hatchback.
  • Warna pilihan Sunstone Orange, Lunar Blue Glacier White, Frosted White, Silver Pearl, Graphite, Eclipse Black dan Jasper Red untuk Totota Corolla hatchback.
  • Warna dwi-tona dengan bumbung hitam untuk Toyota Corolla ZR hatchback untuk pilihan warna Frosted White, Graphite, Jasper Red, Silver Pearl dan Lunar Blue.
  • Warna Dark Grey, Eclipse Black, Glacier White, Frosted White, Silver Pearl, Celestite Grey, Atomic Rush dan Saturn Blue.
Harga
  • Toyota Corolla Hatcback – daripada A$28,130 (RM86,4740) hingga A$37,620 (RM115,680).
  • Toyotann FB sedan – dari AS28,130 (RM86,470) hingga A$39,120 (RM120,380).

BACA >>> Toyota Corolla (2023) Kemas Kini Model Sedan, Hatchback dan Wagon di Jepun
BACA >>> SUV Terlaris Dunia Toyota RAV4 GR Sport (2022) Kini dalam Versi Sporty, Pengendalian Mantap

Toyota Corolla Hatchback dan Sedan Australia 2023
Toyota Toyota Australia Toyota Corolla Toyota Corolla 2023 Toyota Corolla Hatch Toyota Corolla Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    04/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.