Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k
Roda4

Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k

Abang HirataBy Abang Hirata20/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA sudah melangkah jauh dalam menghangatkan tawaran model prestasi ke pasaran dengan pelbagai pilihan seperti GR Supra, GR 86, GR Yaris dan GR Corolla.

Tawaran itu tidak termasuk model lebih hardcore seperti GRMN Yaris dan GR Corolla Morizo. Jika mahu sesuatu lebih santai, Toyota menyediakan GR Sport untuk Yaris, Yaris Cross dan Corolla.

BACA >>> Toyota GR Corolla Morizo Edition – Model Edisi Terhad Tanpa Kerusi Belakang yang Buas!
BACA >>> SUV Subkompak Yaris Cross GR Sport (2023) untuk Eropah dengan Enjin Hibrid 3-Silinder 1.5L

Selepas memperkenalkan hatchback GR Corolla (2023) pada Mac lalu, Toyota mendedahkan pula harga model itu untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

Ada tiga varian ditawarkan, iaitu GR Corolla Core (yang bakal tiba beberapa bulan lagi), manakala MORIZO Edition dan Circuit Edition menyusul tahun depan (2023). Berikut perincian varian tersebut berkenaan:

  • GR Corolla Core (foto kiri) dan Circuit Edition (foto kanan) dijana enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L Turbo berkuasa 300hp dan tork 370Nm. Angka tork lebih tinggi untuk MORIZO Edition, iaitu 400Nm.
  • Kadar boost maksimum juga berbeza, iaitu 25.2psi untuk Core dan Circuit Edition, dan 26.3psi untuk MORIZO Edition. Anggaran pecutan 0-100kmj untuk GR Corolla adalah sepantas 5 saat.
  • Tork puncak Core dan Circuit Edition boleh dinikmati pada 3,000-5,500rpm, manakala kuasa kuda maksimum pada 6,500rpm.

  • Jurutera Toyota GAZOO Racing menala enjin G16E MORIZO Edition (foto atas) menjadi lebih agresif dengan puncak tork 3,250-4,600rpm.

  • Enjin GR Corolla dipadankan transmisi iMT 6-kelajuan (intelligent-Manual Transmission) dengan fungsi boleh dinyahaktifkan menerusi butang pada stereng. Turut dilengkapi mod pemanduan: Eco, Sport, Track dan Custom.

  • Sistem GR-FOUR All-Wheel-Drive (AWD) boleh dilaraskan dengan nisbah agihan tork 60:40, 50:50 atau 30:70, antara roda depan dan belakang.
  • Mengenai warna, GR Corolla Core menawarkan pilihan Ice Cap (putih), Black (hitam) dan Supersonic Red (merah), manakala ruang kabin dilengkapi kerusi sport fabrik GR.
  • Sebagai model asas, pembeli GR Corolla Core ditawarkan pakej Performance dengan ciri tambahan Diferensial Gelincir Terhad (LSD) Torsen di depan dan belakang, kaliper brek aluminium merah 4-piston dan logo GR serta cakera depan 14 inci x 1.1 inci.

  • Brek belakang dilengkapi kaliper merah 2-piston dan logo GR serta cakera 11.7 inci x 0.7 inci.
  • Pakej Technology dilengkapi set audio premium dengan navigasi dan JBL w/Clari-Fi dan pengecas wayarles Qi. Pakej Cold Weather pula menyediakan kerusi dan stereng dengan fungsi pemanas.
  • Varian Circuit Edition juga istimewa yang ditawarkan sepanjang 2023 sahaja. Ada tiga pilihan warna: Ice Cap (putih), Supersonic Red (merah) dan Heavy Metal (hitam).
  • Keistimewaan varian ini terletak pada bumbung gentian karbon, bonet dengan bonjolan dan ventilator, spoiler belakang sporty, kerusi sport sued Brin-Naub dan kulit sintetik, serta tombol gear kulit dengan autograf MORIZO.

  • MORIZO Edition (foto atas) dibikin lebih ringan tanpa kerusi belakang dan bumbung gentian karbon.
  • Turut dilengkapi lip spoiler belakang, bonet dengan bonjolan dan ventilator, kerusi kerusi sport suede Brin-Naub dan kulit sintetik, aksen merah dan tombol gear Ultrasuede dengan autograf MORIZO.
  • Warna pilihan: Windchill Pearl dan Smoke Gray yang khusus untuk MORIZO Edition.
  • Semua Corolla GR (2023) dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 dan unit infotainment skrin sentuh 8-inci.

Berikut senarai harga Corolla GR (2023) pasaran AS:

  • GR Corolla Core: AS$35,900 (RM163,490),
  • Pakej tambahan Corolla Core: Perfomance AS$1,180 (RM5,370); Technology AS$770 (RM3,510); Cold Weather AS$500 (RM2,280)
  • GR Corolla Circuit Edition: AS$42,900 (RM195,370)
  • GR Corolla Morizo Edition: AS$49,900 (RM227,240)

BACA >>>GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Toyota GR Corolla 2023
Toyota GR Corolla Core 2023
Toyota GR Corolla Circuit 2023
Toyota GR Corolla Morizo 2023
Corolla 2023 GR GR Corolla Roda4 Toyota Toyota Corolla Toyota GR Corolla 2023 Toyota GR Corolla Circuit Toyota GR Corolla Core Toyota GR Corolla Morizo
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.