Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota 86 British Green Limited Edisi JDM yang Serba Istimewa
Roda4

Toyota 86 British Green Limited Edisi JDM yang Serba Istimewa

Han OthmanBy Han Othman13/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik, Toyota 86 edisi terhad dengan warna ‘British Green Limited’ baru saja diperkenalkan, dan berita buruknya pula, model itu dijual untuk pasaran Jepun sahaja, atau dalam istilah automotif disebut produk pasaran domestik Jepun (JDM).

Tempahan model edisi terhad ini akan dibuka pada 31 Mei nanti, manakala proses penghantaran dijadualkan tiba penghujung Julai pada harga ¥3,251,880 (RM119,513) untuk versi manual 6-kelajuan, dan ¥3,318,840 (RM121,974) untuk versi automatik 6-kelajuan.

Rupa luaran tidak hanya ditakjubkan dengan warna British Green Limited, tetapi juga dibekalkan Pakej Prestasi Tinggi seperti brek Brembo, damper, SACHS, rim aloi gangsa 17 inci eksklusif dan dan spoiler belakang unik. Menjengah ruang dalaman, kelihatan kerusi kulit dua tona (dengan pad sokongan Alcantara), sulaman benang jingga pada roda stereng, pedal syif, brek tangan dan papan pemuka. Tiada paparan sistem infotainment disediakan bagi memberikan lebih fiil memandu kepada pemandu.

Trenkuasa Toyota 86 British Green Limited ini dijana enjin petrol 2.0L, sama seperti model terdahulu, berkuasa 205hp dan tork 211Nm. Prestasi dicapai tidak jauh berbeza dengan model sedia ada, tetapi versi edisi khas ini dikatakan lebih seronok dipandu dengan kuasa henti dipertingkat.

Spesifikasi model edisi terhad ini turut mengingatkan kita kepada Toyota 86 TRD edisi terhad, tahun lalu, tetapi versi Toyota 86 British Green Limited ini datang dengan kit badan yang lebih minimalis dengan diberikan bampar baharu, skirt sisi, difuser belakang baharu dan spoiler berbeza.

GALERI
86 Kereta Sport Roda4 Toyota 86 Toyota 86 British Green Limited Edition
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.