Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Torsus Praetorian School Bus – Bas Sekolah Paling Lasak untuk Redah Jalan Off-Road
Roda4

Torsus Praetorian School Bus – Bas Sekolah Paling Lasak untuk Redah Jalan Off-Road

Abang HirataBy Abang Hirata26/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami pernah siarkan cerita mengenai bas lasak Torsus Praetorian yang memenangi Anugerah Red Dot 2020. Torsus ialah pengeluar unik yang menghasilkan bas off-road dan tahan lasak bagi mengharungi pelbagai kondisi rupa bumi.

Ini pula produk terbaharu, dinamakan Praetorian School Bus, iaitu bas buatan khas yang tahan lasak dengan kemampuan meredah jalan ekstrem.

BACA >>> Torsus Praetorian – Bas Off-Road Paling Lasak Menang Anugerah Red Dot 2020!

Nampak pelik, tetapi memang di luar sana masih ada pelajar dan guru yang perlu mengharungi jalan ekstrem untuk sampai ke sekolah.

Bas sekolah ini dibina berasaskan platform sama seperti model standard Praetorian dengan mengekalkan semua ciri off-road dimiliki. Jarak tinggi badan tinggi dan sistem pacuan empat roda (4×4)  memudahkan kenderaan ini mengharungi pelbagai cabaran rupa bumi.

Dari segi kapasiti, Praetorian School Bus mampu memuatkan hingga 35 pelajar yang akan duduk di kerusi bercorak unik dengan salutan polimer grafik berserta simbol sains dan matematik. Tali keledar sesuai untuk semua peringkat umur dan pembeli boleh memesan kerusi dengan perehat lengan boleh lipat dan palang sokongan pinggang.

Torsus Praetorian asalnya dibina sebagai kenderaan untuk tugasan paling lasak dunia dan dijadikan pengangkutan pekerja serta dilengkapkan alatan khas untuk merentasi kondisi rupa bumi mencabar.

BACA >>> KTMB Perkenal Helmet Pengimbas Suhu untuk Periksa Penumpang Bergejala

Praetorian diubahsuai daripada casis tugas berat MAN termasuk enjin yang digunakan. Tayar pula jenis jenis off-road dari jenama Michelin.

Keputusan menggunakan casis dan enjin trak MAN nyata praktikal dari segi penyenggaraan dan alat ganti kerana jenama itu sudah sedia terkenal sebagai pengeluar kenderaan berat terkemuka. Akhir sekali, bayangkan anak-anak ke sekolah dengan bas ini dengan meredah laluan balak, sungai, lecak dan lumpur. Semua mampu dibuat selamba saja!

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

bas sekolah Bas Sekolah Off-Road Roda4 TORSUS TORSUS PRAETORIAN TORSUS PRAETORIAN SCHOOL BUS.
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.