Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
Auto Terkini

Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021

WahidBy Wahid22/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Pata Yamaha, Toprak Razgatlioglu sah menjadi juara Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2021.

Razgatlioglu, 25, mengalahkan raja superbike Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) yang juga juara bertahan enam kali berturut-turut. Pelumba dari Turki itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Rea yang memenangi perlumbaan Race 1 di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Indonesia, pagi semalam selepas bertarung hebat dengan tiga pelumba teratas, termasuk Scott Redding (Aruba.it Ducati).

BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP
BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor

Walaupun berlumba dengan kelebihan 30 mata di depan Rea, masih ada maksimum 62 mata untuk direbut dalam tiga sesi perlumbaan, iaitu Super Pole, Race 1 dan Race 2 yang masing-masing menawarkan maksimum 12 mata, 25 mata, dan 25 mata.

Bagaimanapun, sesi Super Pole yang dijangka berlangsung kelmarin dibatalkan, manakala Race 1 ditunda semalam akibat hujan lebat yang menyebabkan beberapa bahag serta menghian trek banjir dan mengehadkan penglihatan pelumba.

Walaupun ada satu lagi perlumbaan Race 2, tetapi Razgatlioglu sudah dikira sebagai juara kerana mengumpul 11 kemenangan berbanding Rea (6 kemenangan) musim ini.  Kemengan sesi Super Pole tidak diambil kira walaupun memberikan maksimum 12 mata. Ranking  keseluruhan terkini menyaksikan Razgatlioglu mengumpul 551 mata, disusuli Rea (526mata), dan Redding (481 mata).

Permulaan Race 2 tertangguh lama disebabkan hujan lebat sekali lagi. Rea akhirnya memenangi perlumbaan tersebut selepas bertarung sengit menundukkan Redding.

Razgatlioglu sekadar menghabiskan perlumbaan di tempat keempat, di belakang pelumba BMW Motorrad, Michael Van Der Mark (BMW Motorrad) Hasilnya, Rea memungut 25 mata penuh, menjadikan 551 mata, manakala Razgatlioglu mengumpul 564 mata kesuluruhan. Tempat ketiga kesuluruhan jatuh kepada Redding (501 mata).

Kemenangan Razgatlioglu juga memberikan kejuaraan pengilang buat Yamaha dalam WorldSBK 2021.

Perlumbaan berlangsung di litar Mandalika di Lombok, Indonesia, yang juga negara ke-13, dan terakhir dalam kalendar WorldSBK 2021. Pusingan setiap negara terdiri daripada tiga perlumbaan, iaitu Super Pole, Race 1 dan Race 2.

Kemenangan Razgatlioglu sebagai juara WorldSBK 2021 hanya kali kedua buat Yamaha selepas Sylvan Guintoli pada 2014. Kemenangan  itu juga meletakkan Yamaha sebagai juara dalam tiga kelas perlumbaan, termasuk Kejuaraan Dunia MotoGP (Fabio Quartararo) dan Kejuaraan Superbike British, BSC (Tarran Mackenzie).

Musim Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2021 mendapat lebih banyak perhantian daripada musim-musim yang sebelumnya, kerana terdapat persaingan sengit yang tidak diperlihatkan sejak sekian lama. Dalam masa Razgatlioglu mencabar takhta Rea, mereka juga terpaksa bersaing dengan Scott Redding.

Razgatlioglu pernah mendapat tawaran berhijrah ke MotoGP tahun depan, tetapi menolak kerana masih mahu mengasah kemahiran dalam kelas WorldSBK. Justeru, Yamaha mengambil rakan pasukan Garrett Gerloff untuk menggantikan pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang cedera.

Razgatlioglu juga ialah pelumba  yang menunggang Kawasaki Ninja H2R pada kelajuan 400kmj beberapa tahun dulu.

Dia ketika itu beraksi untuk pasukan Purcetti Yamaha dalam kejuaraan WorldSBK dan sudah mula menunjukkan bakat sebelum dimasukkan dalam perlumbaan enduran di Suzuka 8 Hours bersama Rea dan Leon Haslam pada 2019. Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan berlumba yang memaksa dia mengambil keputusan meninggalkan Kawasaki untuk menyertai Pata Yamaha pada 2020 dengan menangi tiga perlumbaan dan memijak podium sebanyak enam kali.

Sama-sama kita lihat sama ada pelumba Turki itu dapat mempertahankan takhta juara pada tahun depan atau berhijrah ke MotoGP suatu masa nanti.

BACA >>> Hafizh Sah Sertai WorldSBK Musim Depan!
BACA >>> WorldSBK: Bautista ‘Rujuk’ Semula Ducati Musim Depan

Aruba.it Ducati Jonathan Rea Kawasaki Racing Team WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) Pata Yamaha Scott Redding sukan permotoran Toprak Razgatlioglu
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.