Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tol Percuma 30 Hari untuk Pengguna Lebuhraya WCE Seksyen 1
Auto Terkini

Tol Percuma 30 Hari untuk Pengguna Lebuhraya WCE Seksyen 1

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengumumkan pengecualian tol selama sebulan untuk pengguna Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Banting, Kuala Langat, Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma selama 30 hari itu bermula jam 12.01 tengah malam esok (31 Ogos) hingga 29 September ini melibatkan kedua-dua arah Lebuhraya WCE Seksyen 1.

Beliau berkata;

Seksyen 1 adalah sejauh 12.5km, bermula Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan SKVE dan dibuka kepada pengguna bermula jam 12.01 tengah malam 31 Ogos 2024. Tol percuma hanya untuk Seksyen 1.

“Pengguna yang menggunakan Lebuhraya SKVE dari plaza tol sedia ada seperti Plaza Tol Ayer Hitam, Plaza Tol SKVE Saujana Putra, Plaza Tol Teluk Panglima Garang dan Plaza Tol Pulau Indah untuk keluar ke Plaza Tol Banting (Lebuhraya WCE) melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas dari kedua-dua arah, jumlah kadar tol bagi jajaran berkenaan akan dikenakan mengikut kadar sedia ada dan ditambah dengan jarak Persimpangan Bertingkat Tanjung Dua Belas (Lebuhraya SKVE) ke had sempadan Lebuhraya WCE/ SKVE.”

APA PERLU TAHU TENTANG SEKSYEN 1 WCE?

  • Lebuhraya WCE Seksyen 1 bersambung ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
  • Seksyen 1 melibatkan jajaran sepanjang 12.5km yang menghubungkan Jalan Dengkil-Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE.
  • Jajaran dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam 31 Ogos 2024 (Sabtu).
  • Dianggarkan 8,000-10,000 pengguna akan menggunakan akses laluan Seksyen 1 WCE setiap hari.
  • Lebuhraya WCE ialah lebuh raya antara bandar merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia yang menghubungkan Changkat Jering di Perak (Utara) ke Banting, Selangor (tengah) sepanjang 314.5km.
  • Lebuhraya WCE melalui destinasi utama seperti Beruas, Sri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.
  • Seksyen 1 dijangka memanfaatkan pengguna sekitar Banting sebagai laluan alternatif ke bandar utama di selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang.
  • Seksyen 1 Lebuhraya WCE dijangka meningkatkan kecekapan perjalanan pengangkutan barangan dan menjimatkan kos operasi untuk syarikat perindustrian.
  • Ada jalinan keterhubungan utama untuk kenderaan berat dan komersil yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Lumut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Tol Percuma WCE Seksyen 1 West Coast Expressway (WCE)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.