Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif – Menteri Kerja Raya
Auto Terkini

Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif – Menteri Kerja Raya

Han OthmanBy Han Othman18/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH yang kita mahu, lebih baik berterus terang daripada bersilat kata-kata. Kalau boleh katakan boleh, kalau tidak katakan tidak.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian dipetik Astro Awani sebagai berkata, terpulang kepada rakyat untuk bermimpi melihat negara ini memiliki lebuh raya tanpa tol. Malah beliau menyatakan janji untuk memansuhkan tol sedia ada memang sukar dilaksanakan.

BACA >>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol – Tun M

Menurut Bian, walaupun jelas manifesto Pakatan Harapan (PH) ada menyebut tentang pemansuhan tol seandainya berjaya memberntuk Kerajaan, tetapi keadaan fiskal buat masa ini tidak membenarkan janji itu dilaksanakan.

“Saya katakan sekali lagi, dasar kerajaan (PH) ini jelas, dan kita tak akan hapuskan tol sampai kewangan negara pulih ke sampai satu tahap sihat.

“Mengenai soalan dibangkitkan adakah rakyat ini bermimpi untuk melihat lebuh raya tanpa tol, itu terpulang…,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) pada sesi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

CUBA CARI ALTERNATIF

Baru ketika ditanya Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) tentang usaha dijalankan untuk merealisasikan janji pemansuhan tol itu, berkata, Kerajaan memang sedang melihat langkah alternatif yang mungkin boleh mengurangkan beban rakyat dalam isu tersebut.

“Dimaklumkan, Kerajaan sekarang ini tidak akan hapuskan tol. Tetapi kita masih dalam perbincangan, di mana kita mencari alternatif.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

“Ia seperti merendahkan kadar tol. Mungkin ada flat rate. Mungkin beri 20 peratus diskaun ketika bukan waktu puncak misalnya. Dan mungkin tak akan naikkan dalam masa dua tiga tahun,” katanya lagi.

Namun, perkara itu masih dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, jelasnya.

* Gambar sekadar hiasan.

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.