Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TMS2019: Honda Freed (2020) Facelift Kini dengan Honda Sensing dan Opsyen AWD
Roda4

#TMS2019: Honda Freed (2020) Facelift Kini dengan Honda Sensing dan Opsyen AWD

DeeBy Dee23/10/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Jazz serba baharu, Honda turut memperkenalkan Freed (2020) versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran Jepun sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 yang baru saja membuka tirai hari ini.

Perubahan paling ketara model kenderaan pelbagai guna (MPV) ini ialah rekabentuk depan menerusi penampilan gril hitam paten sarang lebah (honeycomb) baharu dengan kemasan krom di atas yang melintang sebaris lampu depan.

Bahagian bampar sederhana, tetapi jika dilihat lebih terperinci, rekaan kali ini lebih sporty, mirip bampar depan Honda Jazz GK5 facelift. Melihat bahagian sisi, cuma penampilan rim yang berubah. Rekabentuk belakang kekal sama, cuma diperkemaskan pada bahagian lid bampar.

Apa yang menarik ditampilkan Freed (2020) facelift baharu ini? Mari kami ringkaskan kepada anda.

BACA >>> Honda Japan Dedah Foto Freed (2020) Facelift, Debut Oktober Depan

1. CROSSTAR – VARIAN BAHARU ALA CROSSOVER

Honda memperkenalkan varian baharu, Crosstar dengan rekabentuk ala crossover bergaya off-road. Ia tampil berbeza dengan rekabentuk gril depan lebih sporty bersama kemasan krom yang mengapit lencana ‘H’ pada fasia depan.

Gril utama kekal hitam, tetapi direka berlapis kepada dua seksyen. Juga warna hitam pada lip bampar dengan difuser krom dan skirt hitam. Ada juga lampu siang (DRL) LED.

Bahagian sisi menerima rim lebih elegan dengan warna dua rona, dan cermin sisi perak. Selain skirt hitam, model ini turut dipasangkan rel bumbung untuk menyerlahkan karakter sebuah crossover.

2. EKSTERIOR LEBIH MENGANCAM! 

Antara perubahan luaran ditampilkan Freed (2020) facelift ialah:

  • Rekaan gril dan bampar depan baharu
  • Rel bumbung
  • Lampu kabus LED
  • Skirt sisi vinil hitam
  • Hendal pintu kelabu
  • Trim kayu pada papan pemuka

3. ADA TEKNOLOGI HONDA SENSING

Honda kini sedang mula melengkapkan teknologi bantuan pemandu, Honda Sensing untuk model-model baharu jenama itu seperti Civic, Accord dan Fit @ Jazz. Ini termasuklah Freed (2020) facelift yang turut dibekalkan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

4. ADA OPSYEN AWD

Walaupun luaran banyak berubah, termasuk dibekalkan ciri baharu terkini, tetapi Free (2020) facelift kekal menggunakan trenkuasa sama seperti model terdahulu.

Trenkuasa digunakan ialah enjin 4-silinder 1.5L i-VTEC berkuasa 130hp @ 6,600rpm dan tork 155Nm @ 4,600rpm yang dipadankan kotak gear CVT dalam opsyen pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).

Varian hibrid pula dijana enjin 1.5L i-VTEC kitaran Atkinson, motor elektrik tunggal dan dalam opsyen FWD sahaja yang menghasilkan kuasa 108hp dan tork 134Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan untuk keseluruhan output kuasa 135hp dan tork 170Nm, manakala anggaran penggunaan bahan api 20.8km per liter.

Ada lima pilihan warna ditawarkan: Premium Crystal Orange Metallic II (jingga), Silver Mist Green (hijau), Platinum White Pearl (putih), Super Platinum Grey (kelabu) dan Midnight Blue Beam (biru).

BACA >>> #TMS2019: Honda Jazz (2020) Serba Baharu Lancar, Lebih Feminin dan Lebih Selesa

GALERI
Honda Honda Freed Honda Freed (2020) Facelift Honda Freed Facelift Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) model terkini Honda MPV MPV 2019 MPV Honda Roda4 Tokyo Motorshow 2019
Dee

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026

    2 Comments

    1. Aiman on 24/01/2020 12:25

      Honda akan bawa masuk atau tidak model ni?

      Reply
    2. deen on 08/02/2020 15:22

      bila jangka honda nk bawa masuk

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.