• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Japan Dedah Foto Freed (2020) Facelift, Debut Oktober Depan

Honda Japan Dedah Foto Freed (2020) Facelift, Debut Oktober Depan

September 3, 2019 By AI Leave a Comment

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, kehadiran Honda Freed yang diperkenalkan pada 2003 tidak begitu menambat hati pengguna tempatan. Tetapi sekarang lihatlah wajah terbaharu model tersebut selepas melalui proses kitaran produk. Terbaharu, muncul imej Freed versi dipertingkat (facelift) yang disiarkan Honda Japan.

Perubahan paling ketara ialah rekabentuk depan Freed (2020) facelift menerusi penampilan gril hitam paten sarang lebah (honeycomb) baharu dengan kemasan krom di atas yang melintang sebaris lampu depan.

BACA >>> Mampukah 7 Fakta Asas Toyota Sienta (2016) Ini Penuhi Selera Orang Malaysia?

Bahagian bampar sederhana, tetapi jika dilihat lebih terperinci, rekaan kali ini lebih sporty, mirip bampar depan Honda Jazz GK5 facelift. Melihat bahagian sisi, cuma penampilan rim yang berubah. Bagaimanapun, tiada imej bahagian belakang Freed facelift yang didedahkan. Mungkin beberapa perubahan minimalis dibuat.

Sementara itu, versi crossover Freed Crosstar tampil berbeza dengan rekaan gril depan lebih sporty bersama kemasan krom yang mengapit lencana 'H' pada fasia depan. Gril utama kekal hitam, tetapi direka berlapis kepada dua seksyen. Juga warna hitam pada lip bampar dengan difuser krom dan skirt hitam. Ada juga lampu siang (DRL) LED.

Bahagian sisi Freed Crosstar menerima rim lebih elegan dengan warna dua rona, dan cermin sisi perak. Selain skirt hitam, model ini turut dipasangkan rel bumbung untuk menyerlahkan karakter sebuah crossover.

BACA >>> Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road

Masuk ke dalam kabin, Freed (2020) facelift menggunakan skema warna kuning air (beige) dan coklat mocha yang nampak lebih segar, dan ditambah pula kemasan kayu pada papan pemuka.

Bakal debut Oktober nanti, Freed (2020) facelift dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Amaran Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW), Sistem Pengecaman Tanda Jalan (TSR), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Sistem Mitigasi Tukar Jalan (RDM).

BACA >>> MPV Premium Pertama Maruti Suzuki, XL6 Lancar di India, Harga Bermula RM57k

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Freed, Honda Freed Facelift, Honda Jepun, Honda Malaysia, MPV, MPV Kompak, MPV murah, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my