Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Tip Ketahui Kondisi Kereta Selepas 5 Tahun, Masih OK, Jimat Minyak atau Banyak Masalah?
Autotainment

10 Tip Ketahui Kondisi Kereta Selepas 5 Tahun, Masih OK, Jimat Minyak atau Banyak Masalah?

Han OthmanBy Han Othman24/05/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA merancang beli kereta baharu (contoh: Perodua Myvi), tetapi tidak tahu adakah kereta itu boleh diharap, atau reliabel atau bermasalah? Atau anda cuma beli kereta ikut cakap-cakap orang saja.

Anda mungkin sudah memandu uji kereta idaman di bilik pameran terdekat. Tetapi masih tidak puas hati kerana bagi anda, mana-mana kereta baharu pun memang sedap dipandu.

Hakikatnya, setiap kereta tidak selamanya muda dan cantik kerana ia akan perlahan-lahan uzur dan dimamah usia seiring berganti tahun. Jadi, bagaimanakah mahu mengenal pasti sama ada sesebuah model kereta itu reliabel atau bermasalah?

Berapakah anggaran kos bahan api untuk penggunaan rutin harian? Bagaimana agaknya kondisi kereta baharu selepas 5 tahun dibeli? Ataupun selepas melepasi had perbatuan 80,000km?

BACA >>> Tinjauan: 10 Kereta Paling Reliabel di Amerika untuk 2019

Jangan risau, kami akan bantu anda menilai tahap reliabiliti dan mengetahui kondisi kereta baharu selepas 5 tahun digunakan. Syaratnya, anda mesti bersedia melaburkan sedikit wang. Tak salah pun kalau itu mampu berikan anda keputusan tepat dan berbaloikan?

1. TEMPAH KERETA SEWA

kereta-sewa-therunnerman
Telefon mana-mana syarikat  kereta sewa dan tempahlah kereta yang berjenama sama dengan bakal kereta baharu anda. Jika bercadang membeli Myvi, sewalah Myvi.

2. MINTA KERETA EKSTRA PERBATUAN

panggilan-telefon-pandulajudotcomdotmy

Buat permintaan khas, beritahu syarikat kereta sewa yang anda tidak mahu kereta baharu. Jarak perbatuan (mileage) pula mesti 80,000km ke atas. Permintaan ini memang pelik, tapi ingat, anda sekarang mahu menguji tahap kualiti, dan ketahanan bakal kereta baharu anda. Kalau kereta baharu, lebih baik pandu uji di bilik pameran.

3. SEWA 5 HARI ATAU SEMINGGU

sewa-kereta-pandulajudotcomdotmy
Semakin lama anda menyewa, semakin murah kadar sewa diberikan. Tempoh sewaan 5 hari ialah untuk menguji tahap penjimatan minyak berdasarkan rutin anda berulang-alik ke tempat kerja (Isnin-Jumaat).

4. ISI MINYAK PENUH

isi-minyak-pandulajudotcomdotmy
Isi minyak penuh dengan tiga kali nozel ditendang semula. Catatkan jumlah ringgit yang perlu dibayar. Kemudian bahagikan dengan tambahan bar yang meningkat hingga minyak penuh.

Contoh: Indikator isian penuh Myvi ialah 8 bar. Jika ketika minyak diisi ada 3 bar, tambahan 5 bar diperlukan untuk isian penuh. Dan jika tambahan 5 bar itu memerlukan anda bayar RM35, ini bermakna satu bar Myvi bernilai RM7, atau RM56 untuk isian penuh (8 bar * RM7).

Jadi, anggaran kasar isian penuh Myvi ialah RM56.

BACA >>> Berapa Kos Sara Kereta yang Sebenar? Bukan Bayar Ansuran Sahaja

5. RESET ODOMETER

odometer-pandulajudotcomdotmy
Reset trip odometer kepada sifar sebaik saja selesai mengisi minyak. Ini penting untuk mencatatkan jarak perjalanan dengan isian minyak penuh.

6. MEMANDU MACAM BIASA

drive-pandulajudotcomdotmy
Pandu saja kereta sewa itu seperti kereta sendiri. Lakukan rutin yang biasa anda lakukan setiap hari. Ulang-alik kerja, hantar anak sekolah atau singgah ke kedai runcit. Mungkin hari Rabu anda pergi menonton wayang. Pergilah, tidak perlu tukar kereta sendiri.

Jika hari minggu anda biasanya akan pulang ke rumah ibu-bapa, teruskan. Ingat, memandulah seperti anda memandu kereta sendiri. Mesti bertamadun, bukan kerana; “Ini kereta sewa, jadi aku kena rembat betul-betul.”

7. CATAT PERBATUAN DAN DUIT MINYAK

tulis-mileage-pandulajudotcomdotmy
Apabila sampai hari akhir pemulangan kereta, catatkan jumlah perbatuan / kilometer (mileage) dan duit minyak yang sudah dikeluarkan. Lihat berapa bar minyak sudah berkurangan sejak pertama kali diisi penuh. Jika petrol perlu ditambah sebelum tiba hari pemulangan, pastikan minyak diisi ketika bar berkelip, bukan setiap kali bar susut. Dan jangan lupa reset odometer.

8. PERIKSA KOMPARTMENT DALAMAN, LUARAN DAN ENJIN

periksa-kereta-pandulajudotcomdotmy

Anda boleh lakukan pada hari terakhir sebelum pulangkan kereta. Perhatikan ruang dalaman. Lihat jika ada sebarang kerosakan mekanikal, pendawaian atau kualiti material pada kompartment seperti penyaman udara, tingkap kuasa dan pemain audio, soket 12V, sambungan USB, kawalan audio di stereng, hendal laci dashboard (glove box), poket fail di tepi pintu dan belakang kerusi.

Apakah ada benda yang tertanggal atau patah? Dengarkan juga bunyi-bunyian yang mungkin muncul daripada ceruk-ceruk kompartmen. Lihat luaran, apakah cermin sisi masih boleh dilaras? But dan bonet boleh dibuka? Hendal keempat-empat pintu masih sama atau bertukar warna?

Perhatikan pelekat tempoh senggara di sudut cermin hadapan bahagian dalam. Buka bonet dan lihat enjin. Apakah ada sebarang kebocoran minyak? Apakah anda bahan plastik atau getah yang cair, reput atau mengeras (akibat panas atau kualiti rendah).

BACA >>> Kereta Baharu Kena Pantang? Fakta Atau Auta?

9. BANDINGKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

keliru-pandulajudotcomdotmy
Sekarang anda sudah tahu anggaran kasar sebenar mengenai bajet yang perlu anda peruntukkan jika membeli model pilihan itu untuk kegunaan harian. Apakah ia lebih jimat berbanding kereta sedia ada? Apakah anda perlu menambah perbelanjaan?

Apakah kereta itu sesuai dengan gaya pemanduan anda? Apakah reliabel atau bermasalah? Atau anda stres, sakit belakang atau rasa nak muntah apabila memandunya?

10. TAK CUKUP DUIT NAK SEWA LAMA

pinjam-kereta-kawan-pandulajudotcomdotmy
Anda boleh juga sewa sehari atau 2-3 hari untuk memandu uji. Apa perlu dilakukan adalah mengisi minyak penuh dan memandu hingga bar minyak berkelip (lebih kurang 400km untuk Myvi). Jangan lupa juga reset odometer.

Kenapa penting untuk mengisi minyak penuh dan set odometer? Ini kerana anda dapat membuatkan anggaran kasar berapa jauh bakal kereta baharu anda boleh dipandu dalam isian minyak penuh, termasuk duit minyak sepanjang berulang-alik ke tempat kerja. Ia juga memberikan gambaran kasar kondisi kereta anda selepas 70,000km.

Jika masih tidak cukup bajet, pinjam sajalah kereta kawan. Nanti berilah upah nasi ayam dan air tembikai. 🙂

BACA >>> Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?

anggaran kos minyak autotainment kebolehpercayaan kereta kondisi kereta baharu selepas 5 tahun Perodua Myvi reliabel tip automobil tip kereta uji anggaran kos bahan api
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

1 Comment

  1. Lyana on 14/02/2018 11:28

    Wira sedan saya 1.5(M) tahun 2000. Enjin Mitsubishi. 36L boleh pergi sampai 680km.

    Nissan Sentra 1.6(M) Nismo Sport saya tahun 2008. 50L boleh pergi sampai 550km (ini kereta second hand).

    Boleh bagi pandangan, jimat atau tidak?

    Pemanduan saya? Saya ganas sikit…suka main gear. Hehehe…

    Perjalanan menempuh jam pun ada dan langsung tak bergerak pun ada ketika pengisian liter-liter tersebut. Melalui lebuhraya, jalan kampung dan bandar-bandar kecil juga.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

By Syafie03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.