Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tidak Terkesan Pandemik, Bentley Catat Jualan Tertinggi dalam Sejarah 102 Tahun!
Auto Terkini

Tidak Terkesan Pandemik, Bentley Catat Jualan Tertinggi dalam Sejarah 102 Tahun!

Abang HirataBy Abang Hirata11/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENTLEY mengumumkan prestasi setengah tahun 2021 apabila mencatatkan jualan tertinggi sepanjang sejarah 102 tahun penubuhan jenama itu. Lebih menakjubkan, ini berlaku ketika dunia sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Antara angka menarik adalah keuntungan operasi €178 juta (RM894 juta), iaitu tertinggi berbanding mana-mana keuntungan setahun penuh Bentley. Jualan runcit (jualan kepada pelanggan) meningkat 50 peratus berbanding tempoh pra Covid-19 daripada 4,785 unit kepada 7,199 unit, tahun ini.

Bentayga
Flying Spur
Continental GT

Lagi fakta menarik, jualan kenderaan adalah seimbang antara tiga model, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Bentayga (2,767 unit), Continental GT (2,318 unit) dan Flying Spur (2,063 unit). Sekali lagi SUV membuktikan keunggulannya dengan mencatatkan jualan tertinggi yang juga sedang dinikmati Lamborghini melalui Urus.

Faktor sambutan Bentayga turut didorong pelbagai pilihan seperti Bentayga Hybrid dan Speed. Bentley juga menjangka pengenalan varian baharu Continental GT Speed pada setengah tahun kedua tahun ini mampu mencatatkan rekod jualan baharu selepas tiga tahun model itu diperkenalkan.

BACA >>> Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!
BACA >>> Kereta Elektrik Pertama Bentley Akan Keluar 2025

Bercakap mengenai jualan, tidak sah jika China yang menjadi pasaran automotif terbesar dunia tidak disebut. Republik komunis itu ialah pasaran terbesar Bentley dengan angka jualan 2,155 unit.

Walaupun mencatatkan prestasi cemerlang, Bentley tetap berhati-hati untuk tempoh mendatang, terutama sekali ketidaktentuan ekonomi masa kini yang mungkin menjejaskan angka setengah tahun kedua 2021.

Peningkatan kes Covid-19 di banyak negara mempunyai risiko ke atas pengeluaran atau penutupan operasi jualan yang memungkinkan impak negatif pada angka kewangan.

Berikut Fakta dan Angka Penting Dicapai Bentley untuk Penggal Pertama 2021
  • Pendapatan enam bulan pertama 2021 – €1.32 bilion (RM6.62 bilion), meningkat daripada €834.8 juta (RM4.19 bilion) pada 2019.
  • China dengan angka jualan 2,155 unit ialah pasaran terbesar buat kali pertama dalam tempoh hampir 10 tahun.
  • Rantau Amerika berada di tangga kedua (2,049 unit), disusuli Eropah (1,142 unit).
  • Kedua-dua pasaran itu bakal menerima model GT Speed dan Bentayga S.
  • Jualan negara asal, Britain ialah 554 unit.
  • Rangkaian Bentley global turut meningkat dengan 240 pusat jualan di 67 negara.
  • Tahun ini bakal menyaksikan pengenalan model baharu paling banyak, iatu sembilan produk.Berikut ialah perbandingan keputusan kewangan setengah tahun (ST) Bentley:
Keputusan KewanganST 2021 ST 2020 ST 2019
Pendapatan€1.32 bilion€860 juta€834.8 juta
Keuntungan operasi€178 juta€-99 juta€56.9 juta
Pulangan ke atas jualan13 peratus-12 peratus6.8 peratus
Jualan Mengikut Pasaran
PasaranST 2021ST 2020ST 2019
Amerika2,049 (+45%)1,415 (+52%)929
China, Hong Kong dan Macau2,155 (+73%)1,243 (+53%)814
Eropah1,142 (+14%)1,000 (-27%)1,362
Asia Pasifik778 (+41%)550 (-9%)604
Britain (UK)554 (+42%)391 (-42%)674
Timur Tengah, Afrika dan India521 (+63%)319 (-21%)402
Jumlah7,199 (+46%)4,918 (+3%)4,785

BACA >>> Bentley Bentayga (2020) – SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!
BACA >>> Bentley Lancar Basikal Imbang untuk Kanak-Kanak, Harga RM2.6k!
BACA >>> Bentley Home Newent Collection – Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Bentayga
Flying Spur
Continental GT
Auto Global Auto Terkini Bentley Jualan Bentley Penggal Pertama 2021 Pengeluar Kereta Mewah
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.