Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Rekabentuk ‘Abah’, Toyota Camry 2018 Bakal Tampil Lebih Seksi
Auto Terkini

Tiada Lagi Rekabentuk ‘Abah’, Toyota Camry 2018 Bakal Tampil Lebih Seksi

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota-camry-2018-bg
TOYOTA kini siap sedia mempertaruhkan Camry serba baharu pada tahun ini, sekali gus memberi gambaran mengenai kemunculan sedan segmen-D popular itu di pasaran Malaysia selewat-lewatnya tahun hadapan (2018).

Mungkin ada yang masih bertanya, apakah Toyota Camry 2018 masih relevan di negara ini? Jawapannya, kenapa tidak? Di Amerika Syarikat (AS) sendiri sedan saiz pertengahan itu mencatatkan jualan kereta paling laris di negara tersebut sejak 15 tahun lalu, termasuk juga di Australia.

Bagi penampilan generasi ke-8 ini, Toyota Camry 2018 tampil dengan evolusi penuh sebuah sedan selamat dan boleh diharap tanpa mengabaikan faktor gaya dan prestasi mengujakan. Dibina berasaskan Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang dipanggil platform GA-K, Toyota Camry 2018 mengetengahkan enjin dan transmisi serba baharu.

Timbalan Presiden Kanan Toyota AS Bahagian Operasi Automotif, Bob Carter berkata, Toyota Camry 2018 tanpa ragu lagi ialah sedan saiz pertengahan paling menawan hati yang pernah dihasilkan.

Camry 2018 memberikan segala yang pemilik Camry harapkan. Rekabentuk mengagumkan, banyak teknologi termaju, sistem keselamatan hebat dan prestasi memberangsangkan yang meletakkan ia pada tahap keterujaan tiada tandingan,” katanya.

CAMRY TERBAIK PERNAH DIHASILKAN

Ketua Jurutera Camry, Masato Katsumata pula berkata, dalam usaha mewujudkan sesuatu yang mampu merangsangkan jiwa seseorang, Toyota mengetengah konsep sedan baharu yang memberikan keseronokan dan keterujaan di sebalik pemanduan.

Dalam membangunkan Toyota Camry generasi baharu, kami mampu bermula dengan rekod bersih yang membolehkan kami untuk mewujudkan kereta pemandu sebenar,” katanya.

Direka menggunakan bahasa rekabentuk Keen Look (Rupa Keen), Toyota Camry 2018 baharu tampak lebih anggun berbanding model sedia ada dengan titik belakang rendah yang sepatutnya memberikan lebih kawalan pengendalian. Toyota Camry 2018 juga lebih pendek kira-kira 4sm berbanding model terdahulu.

Menurut Toyota, garis karakter yang ketara di sekitar dan sepanjang badan, serta fender depan dan belakang agresif nyata memberikan Toyota Camry 2018 yang diimaginasi semula itu ciri sporty yang tidak pernah dilihat pada model berkenaan.

MATERIAL BERKUALITI TINGGI

Ruang dalaman juga direkabentuk semula dengan meningkatkan kualiti material kabin menerusi penggunaan material premium dan sentuhan lembut daripada gred tinggi.

Kerusi depan dan belakang turut direka semula untuk memberikan faktor ergonomik yang dipertingkat, tetapi kita simpan dahulu kenyataan ini sehingga kami betul-betul dapat duduk di atasnya. Apapun, bayangan paling jelas mengenai ergonomik dipertingkat semestinya tentang saiz kerusi yang lebar dan elok.

Terdapat juga sistem komunikasi dan infotainment 8.0-inci baharu, termasuk paparan dongak (head-up display) 10-inci berwarna (mengikut model) dan paparan multi-informasi 7.0-inci antara tolok analog di sebalik roda stereng.

Ada tiga jenis enjin ditawarkan, iaitu 3.5L V, 2.5L empat silinder dan hibrid baharu. Dua enjin pembakaran dalaman akan dipasangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan baharu, manakala model hibrid mendapat bantuan Transmisi Variabel Berterusan (CVT) dengan poin anjakan 6-kelajuan simulasi. Toyota mendakwa transmisi hibrid ini akan memberikan Toyota Camry 2018 tahap kecekapan yang menyamai Toyota Prius.

CIRI KESELAMATAN DIPERMAJU

Sistem keselamatan pula membaris pelbagai ciri pasif dan aktif termaju seperti Sistem Pra Perlanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki (PD), Kawalan Jelajah Radar Dinamik Julat Kelajuan Tinggi (DRCC), Amaran Tukar Lorong dengan Bantuan Stereng, dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB). Beberapa model tertentu akan didatangkan dengan Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Tidak lupa ciri keselamatan asas seperti 10 beg udara, kawalan traksi (TC), kawalan stabiliti kenderaan (VSC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Teknologi Henti Pintar. Malah, semua model Toyota Camry 2018 dilengkapkan dengan kamera undur.

Toyota Camry 2018 dijangka menjengah pasaran AS pada musim panas negara itu (sekitar pertengahan tahun ini), manakala di Australia bakal menyusul serentak dengan pengeluaran di Jepun. Bagi pasaran Asean, Malaysia dan Thailand kemungkinan menjadi antara negara rantau ini yang melakukan debut Toyota Camry 2018.

GALERI

SUMBER: Practical Motoring

Auto Terkini Roda4 Toyota Toyota Camry 2018
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

23/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.