Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Material Kulit untuk Kereta Volvo Menjelang 2030
Auto Terkini

Tiada Lagi Material Kulit untuk Kereta Volvo Menjelang 2030

Abang HirataBy Abang Hirata29/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Cars sentiasa mencuri perhatian dengan teknologi keselamatan sama ada untuk penumpang atau orang sekeliling.

Selepas mengambil keputusan mengehadkan halaju setakat 180kmj, Volvo Cars mengumumkan tidak akan lagi menggunakan material kulit untuk produk kenderaan menjelang 2030. Keputusan tersebut siring sasaran Volvo untuk hanya menawarkan kenderaan elektrik menjelang tempoh sama.

BACA >>> DK Leather Seats Tawar Lebih 10,000 Corak Kulit Kualiti Tinggi untuk Kerusi Kereta

Pada tahun mendatang, Volvo akan melancarkan siri kereta elektrik dan misi bebas kulit yang dimulakan dengan model baharu Volvo C40 Recharge.

Jika agenda sebelum ini untuk keselamatan, polisi bebas kulit pula adalah pendirian moral bagi kebajikan haiwan. Kulit haiwan digunakan meluas dalam industri automotif. Justeru selari keputusan itu, Volvo sedang mencari bahan berkualiti tinggi berasaskan sumber lestari sebagai alternatif.

Menjelang 2025, Volvo mensasarkan menggunakan 25 peratus material dalam model baharu daripada kandungan kitar semula dan berasaskan bio.

Volvo juga mahu menjadikan perniagaannya berkitaran penuh (fully circular business) menjelang 2040. Pendekatan itu ialah  praktis sesebuah syarikat menggunakan bahan sedia ada dan kitar semula dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan baharu.

Tidak hanya menumpukan syarikat sendiri, Volvo juga mensasarkan semua pembekal terdekat dan pembekal bahan menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025. Langkah terbaru tersebut turut didorong keprihatinan mengenai impak negatif daripada penternakan lembu termasuk isu pembasmian hutan (deforestation).

Keputusan itu sebenarnya tidak menjadi masalah kerana industri automotif sudah lama menggunakan bahan lain sebagai alternatif kepada kulit asli.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal

Volvo akan menawarkan pelanggan bahan lestari berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada sumber berasaskan bio dan kitar semula. Sebagai contoh, bahan baharu dihasilkan Volco yang dikenali sebagai Nordico.

Nordico dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti botol PET (polietilena tereftalat), bahan berasaskan bio daripada hutan lestari di Sweden dan Finland, dan gabus yang dikitar semula daripada industri wain (mungkin perlu rujukan pakar agama Islam).

Bahan tersebut akan digunakan pada kenderaan generasi baharu Volvo.

Volvo juga prihatin apabila bahan campuran bulu biri-biri akan terus ditawarkan, tetapi pembekal bahan berkenaan perlu diiktiraf sebagai syarikat bertanggungjawab.

Ini kerana Volvo mahu memastikan keberkesanan penuh dan kesejahteraan haiwan dalam rantaian pembekalan bahan tersebut. Secara ringkasnya, pengeluar Skandinavia itu tidak mahu berlaku zalim walaupun melibatkan biri-biri.

Asas keputusan tidak menggunakan kulit adalah bagi membantu menghentikan penganiayaan terhadap haiwan, sekali gus mengurangkan permintaan ke atas bahan tersebut.

Langkah itu nampak positif, tetapi hakikatnya, memang jarang kedengaran haiwan (seperti lembu) dibunuh semata-mata untuk mendapatkan kulit bagi membalut kerusi kereta.

BACA >>> Volvo Gesa Kerajaan Dunia Kuat Kuasa Undang-Undang Tali Keledar Depan, Belakang
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Kenderaan Volvo Sangat Selamat?

Auto Terkini Kerusi Kulit kulit Material Kulit Volvo Volvo C40 Recharge Volvo Cars
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.