Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Kemasan Kulit untuk Kereta MINI Masa Depan
Auto Terkini

Tiada Lagi Kemasan Kulit untuk Kereta MINI Masa Depan

Han OthmanBy Han Othman05/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM industri automotif, material kulit ialah simbol kemewahan yang selalu digunakan pada model premium, apatah lagi berstatus mewah. Kulit sudah digunakan sebagai material upholsteri kenderaan sejak berdekad lama, seawal penciptaan kereta dahulu kala.

Namun, berbeza MINI hari ini apabila pengeluar dari Britain itu mengumumkan enggan lagi menggunakan kulit sebagai kemasan kabin untuk model-model masa depan kenderaan jenama itu.

Sebagai subsidiari di bawah BMW yang bergerak dalam segmen kenderaan mewah, penggunaan material kulit untuk model MINI sepatutnya menjadi elemen wajib ada. Bagaimanapun, MINI berpendapat penggunaan kulit kurang bagus terhadap alam sekitar, sekali gus cuba mencari alternatif tanpa mengetepikan elemen mewah supaya tidak terlalu bergantung kepada material berkenaan.

Buat masa ini, 54 peratus model MINI di Britain menggunakan material kulit.

Ketua Pereka MINI, Oliver Heilmer (foto atas) berkata;

 

Kami tidak perlukan material kulit lagi pada masa depan kerana kami tak percaya material itu berdaya tahan. Kami benar-benar yakin mampu mengeluarkan produk moden dan bernilai tinggi tanpa perlu menggunakan material kulit.”

Justeru pilihan yang ada ialah fabrik, dan sebenarnya sesuai dengan penampilan muda dan sporty dimiliki MINI. Malah menurut Heilmer, bahan fabrik digunakan MINI adalah daripada bahan kitar semula.

Fabrik dalam pengeluaran kerusi kini 100 peratus kitar semula. Pelapik di sebaliknya ialah 70 peratus kitar semula. Kami mahu menghasilkan rekabentuk yang timeless. Rekabentuk bermusim seperti fesyen bukan sasaran kami dengan kereta MINI masa depan,” katanya.

Menurut Heilmer lagi, penggunaan sesuatu material mestilah boleh dikitar semula, dan pada masa sama memberikan kemewahan. Sebagai contoh, kemasan dalaman MINI Urbanaut Concept. Beliau juga menekankan  hasratnya mengekalkan rekabentuk kompak seringkas mungkin yang menjadikan MINI kekal mini (kecil).

Kami bertanya soalan macam ‘adakah masih ada suis togol pada masa depan?’ hanya kerana anda suka guna? Kita mesti buat benda asas yang betul, dan kemudian menambahkan keajaiban sentuhan MINI.”

BACA >>> MINI Electric First Edition Ada 15 Unit Sahaja di Malaysia, Harga RM238k
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Splash – MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah

Auto Terkini Material Kulit Mini MINI Urbanaut Concept Oliver Heilmer Rekabentuk Upholsteri Kulit
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.