Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Electric First Edition Ada 15 Unit Sahaja di Malaysia, Harga RM238k
Roda4

MINI Electric First Edition Ada 15 Unit Sahaja di Malaysia, Harga RM238k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia bulan lalu memperkenalkan MINI Electric sebagai inisiatif awal elektrifikasi jenama itu. Terbaharu, wakil pengeluar itu melancarkan MINI Electric First Edition yang dikeluarkan terhad 15 unit sahaja.

Dijual pada harga RM238,380, model tersebut didatangkan dengan Lights Package, terdiri daripada lampu depan Matrix LED dan lampu belakang yang juga LED dengan grafik Union Jack. Juga tersedia lencana First Edition dan penggayaan diserlahkan lagi dengan rekaan unik rim MINI Electric Power Spoke 17 inci warna dwi-tona warna.

Port pengecas diletakkan di belakang dengan penutup lencana E. Kabin tampil mewah dengan kemasan kulit MINI Yours Walknappa menerusi kerusi kulit Cross hitam. Keselesaan memandu dibantu empat mod pemanduan: Sport, Mid, Green dan Green+.

Sistem Navigasi MINI 8.8 inci hadir dengan aplikasi MINI Connected, terdiri daripada ciri Teleservices, Remote Services, Intelligent Emergency Call, MINI Online dan Apple CarPlay. Alunan muzik dilontarkan seenaknya sistem bunyi Harman Kardon menerusi 12 unit pembesar suara dan fungsi pengecas wayarles.

MINI Electric First Edition dikuasakan motor elektrik berkuasa 184hp dan tork 270Nm. Isian penuh bateri mampu memberi pemanduan sejauh 234km dengan kelajuan maksimum 150kmj, manakala hantaran kuasa menggunakan transmisi 1-kelajuan dengan pacuan pedal tunggal.

Model edisi terhad ini juga boleh dicas hingga 80 peratus sepantas 36 minit jika menggunakan stesen pengecas arus terus (DC). Jika dicas menggunakan Mini Wallbox Plus, masa diperlukan ialah 2½ jam, dan jika menggunakan soket rumah, tempoh mengecas mengambil masa 12 jam untuk isian 80 peratus.

BACA >>> MINI Electric Kini di Malaysia dengan Ansuran Bulanan Serendah RM2.4k
BACA >>> #TahukahAnda: Kompaun Minimum RM300 Jika Nombor Plat Tidak Ikut Spesifikasi!

GALERI
Mini MINI Electric Mini Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.