Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TGR Festival 2019: Syafiq Kyle, Ain Edruce Dapat Lampu Hijau untuk Vios Challenge!
Auto Terkini

TGR Festival 2019: Syafiq Kyle, Ain Edruce Dapat Lampu Hijau untuk Vios Challenge!

Han OthmanBy Han Othman04/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS sebulan melakukan latihan intensif, aktor Syafiq Kyle dan aktres Ain Edruce diberikan lampu hijau untuk berentap dalam siri perlumbaan jalanan premier Malaysia, Toyota Vios Challenge yang menjadi acara utama Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival musim ketiga.

Dua selebriti muda itu akan melakukan debut untuk kelas Promotional dalam pusingan pertama Toyota Vios Challenge yang dijadualkan berlangsung di Kuala Terengganu pada 6-7 September ini.

BACA >>> TGR Festival Musim ke-3 Panaskan Trek Kuala Terengganu 6 September Ini!

Aksi pusingan pertama itu akan berlangsung di trek jalanan binaan khas sepanjang 1.65km  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, terdiri daripada kalangan pelumba selebriti, amatur dan profesional yang mewakili tiga kategori berbeza, Promotional, Sporting dan Super Sporting.

Ada 10 selebriti tempatan disahkan berlumba dalam kategori Promotional, seperti aktres Diana Danielle, juga sebagai juara bertahan dan pelumba senior yang sudah berlumba untuk tiga musim berturut-turut.

Selebriti lain yang turut serta ialah aktor Shukri Yahaya, pemuzik Shawn Lee, aktres Janna Nick, pelawak Nabil Ahmad, dan penyanyi Khai Bahar, Nabila Razali, dan Wany Hasrita.

BACA >>> Ramai Tak Sangka Lelaki Ini Jadi Pelumba Toyota untuk Berentap di Nürburgring

Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival dan Toyota Vios Challenge akan bermula pada Jumaat, 6 September jam 9 pagi hingga Sabtu,  7 September, dan masuk adalah PERCUMA!

“Ia pengalaman yang hebat dan saya banyak belajar sepanjang sesi latihan, daripada memahami garis perlumbaan (racing line) yang betul, kenal pasti titik membrek (braking point), gunakan gear betul ketika membelok, bagaimana hendak pertahankan garis perlumbaan hingga bagaimana untuk kekal tenang dan fokus ketika memandu di bawah tekanan,” kata Ain, 28.

Sementara itu Syafiq Kyle, 27, berkata, walaupun cukup bersedia untuk berdepan cabaran akan datang, tetapi dia percaya aspek paling mencabar dalam perlumbaan nanti akan mula dirasai pada saingan pertama di litar jalanan.

“Ada sesuatu yang saya perlu hati-hati dengan mengambil kira semua latihan di litar lumba yang mana banyak kesilapan masih boleh dimaafkan. Di litar, tiada ruang untuk kesilapan. Sekali terlanggar dinding konkrit dan kita akan terus tersingkir daripada perlumbaan,” katanya.

BACA >>> TGR Batu Kawan Penuh Aksi Dramatik, Diana Danielle Juara Kategori Promotional

Ain Edruce Auto Terkini sukan permotoran Syafiq Kyle TGR Festival TGR Malaysia Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival Toyota Vios Toyota Vios Challenge Vios Challenge
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.