Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tesla Model Y Muncul Kenderaan Jualan Terbanyak Dunia Sepanjang 2023?
Auto Terkini

Tesla Model Y Muncul Kenderaan Jualan Terbanyak Dunia Sepanjang 2023?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TESLA mencatat jualan memberangsangkan sepanjang 2023 dengan kiriman 1.23 juta unit Model Y ke seluruh dunia yang sebahagian besar dibantu strategi harga agresif.

Pencapaian itu menandakan model crossover elektrik penuh itu berpotensi dinobatkan sebagai kenderaan paling popular tahun lalu yang mungkin mengetepikan jualan dan populariti Toyota RAV4.

Jika keputusan jualan itu benar, ini kali pertama kenderaan elektrik (EV) merangkul kedudukan pertama untuk jualan global. Namun perlu diingatkan, ada beberapa pasaran negara masih belum mendedahkan statistik dan jualan tahunan kenderaan masing-masing.

Di Eropah, Tesla Model Y sudah merangkul gelaran kenderaan dengan jualan terbaik selepas memintas model mampu milik seperti Dacia Sandero, Peugeot 208 dan Volkswagen T-Roc.

Tesla menjual 255,000 unit Model Y di pasaran Eropah tahun lalu, manakala tempat kedua dimiliki model Sandero (19,000 unit).

Jato Dynamics melaporkan, crossover Tesla mendominasi carta jualan di China dengan kiriman lebih 456,000 unit kepada pelanggan. Dua keputusan itu menandakan Tesla sudah mendominasi dua pasaran EV terbesar dunia (China dan Eropah).

Penganalisis global Jato Dynamics, Felipe Munoz berkata, Model Y menjadi salah satu EV mampu milik pilihan di pasaran Barat walaupun Tesla sukar menandingi promosi harga runtuh jenama EV China atau Dacia.

Harga jualan purata Tesla Model Y pada November 2023 ialah 18 peratus dan 23 peratus lebih rendah berbanding kos purata EV masing-masing di Jerman dan  Amerika Syarikat (AS).

“Penurunan harga pada tempoh tersebut dengan reputasi Tesla sebagai pengeluar EV boleh dipercayai membantu meningkatkan lagi permintaan sedia ada. Ini membuatkan Tesla sebagai pilihan utama kebanyakan pelanggan yang bercadang membeli EV.”

STRATEGI TESLA

  • Tesla mencatat peningkatan jualan Model Y sebanyak 64 peratus berbanding tahun lalu disebabkan strategi harga agresif.
  • Model Y merangkumi hampir setiap dua kereta daripada tiga kenderaan dijual Tesla di peringkat global.
  • Pencapaian Model Y dikatakan berpotensi memintas jumlah jualan Toyota RAV4 dan Corolla. Data ramalan Jato Dynamics melaporkan Toyota menjual 1.07 juta RAV4s dan 1.01 juta Corolla.
  • Jurucakap Toyota berkata, pihaknya masih belum mengumpul jumlah pengeluaran kenderaan 2023.

SUMBER: CarScoops

autoterkini Elon Musk Felipe Munoz JATO Dynamics Jualan kenderaan EV tertinggi 2023 Kenderaan Elektrik Peugeot 208 Roda4 Tesla Model Y Toyota RAV4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.