Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan
Auto Terkini

Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan

AryonBy Aryon06/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA pelumba MotoGP berkongsi pandangan masing-masing mengenai Valentino Rossi selepas pelumba veteran itu mengumumkan persaraannya pada penghujung musim ini.

Hasrat Rossi untuk bersara itu diumumkan beliau sendiri dalam sidang media khas menjelang GP Styrian, Austria yang akan membuka tirai hujung minggu ini selepas berehat panjang sempena musim panas.

Rossi dipercayai membuat keputusan itu berdasarkan keputusan teruk dicapainya musim ini apabila sekadar menduduki tempat ke-19 dalam ranking keseluruhan pelumba setakat ini tanpa meraih sebarang podium. Beliau kini berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT selepas terpaksa mengosongkan pelana untuk diberikan kepada pelumba muda, Fabio Quartararo.

BACA >>> Rossi Sah Bersara!

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

Selain Quartararo, turut memberikan pandangan mengenai Rossi, ialah mantan rakan pasukan Maverick Vinales dan mantan pelumba Cal Crutchlow;

Quartararo berkata;

Susah nak percaya. Dia sudah jadi juara dunia dua kali dan aku masih tak lahir lagi

“Bila bayangkan tahun depan dia tak lagi berlumba dengan kami memang sedih. Dia seorang lelaki yang buatkan aku betul-betul mahu jadi pelumba MotoGP masa aku kanak-kanak Ribena dulu, sanggup tunggu berjam-jam lama untuk dapat tangkap gambar dengan dia.

“Bagi aku, ya, dia legenda sukan ini dan dia dah ada karier yang menakjubkan. Dia masih lagi idola aku. Aku tak ada ayat lain nak jelaskan pasal dia.”

BACA >>> Quartararo Akui Terima Tekanan Selepas Ganti Tempat Rossi

Maverick Vinales, yang pernah berkongsi padok dengan Rossi pula berkata;

Semestinya dia ialah rujukan aku masa aku budak dulu. Bila aku mula cinta dan minat motor, aku tengok Valentino celebrate dan macam mana dia menang race.

“Sebagai BBNU yang dapat peluang berkongsi pasukan dengan dia, dan secara dalaman berkongsi data, komen dan apa saja, aku ada peluang untuk belajar. Inilah paling penting.

“Valentino lebih daripada sekadar ikon, legenda, dia idola aku dan sumber rujukan aku sejak aku baru 3 tahun sampai sekarang.

“Memang sedih, tapi pada masa sama, kita perlu ucap terima kasih kat dia sebab dia buat MotoGP berkembang.”

BACA >>> SAH! Vinales Berpisah dengan Yamaha, Anggap Setiap Perlumbaan Bagai Mimpi Ngeri
BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

Pelumba British, Cal Crutchlow, 35, yang bakal berlumba minggu ini untuk Petronas SRT bagi menggantikan Franco Morbidelli yang cedera, turut ada pandangan tertentu mengenai Rossi.

Malah Crutchlow ialah pelumba yang paling banyak melalu musim perlumbaan dengan The Doctor dalam kalangan pelumba MotoGP ketika ini.

Apa dia buat untuk sukan ini sangat menakjubkan. Dia pelumba macam Johann (Zarco) cakap , tak kira siapa orang yang cakap dalam dunia ni,  bila ada orang tanya mende kome buat, atau apa kome buat, dan kome cakap motor, komen cuma sebut je Valentino Rossi. Hah, confirm semua orang tau.

“Dia salah seorang ikon sukan terhebat sejak kita semua hidup. Macam kome tahu, awok ni pun dah berhenti masa umut 35 tahun. Memang tak boleh blah dah kalau nak race tujuh tahun lagi, tapi Rossi tu selamba dia race lagi. Apa dia tu buat dan motivasi dia untuk jadi laju memang menakjubkan.

“Macam awok cakap dalam interviu lain jugek, Rossi tu sebenarnya dah lebih laju daripada apa dia pernah buat sebelum ini. Untuk ada kemampuan buat semua tu, memang menakjubkan.

BACA >>> Crutchlow Bantu Petronas Yamaha SRT, Morbidelli Masih Sakit Lutut
BACA >>> Yamaha Perjelas Kenapa Crutchlow Jadi Penunggang Uji, Bukan Lorenzo

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini Cal Crutchlow Fabio Quartararo Maverick Viñales MotoGP MotoGP 2021 Rossi Bersara sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.