• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Akui Terima Tekanan Selepas Ganti Tempat Rossi

Quartararo Akui Terima Tekanan Selepas Ganti Tempat Rossi

July 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

PENDAHULU keseluruhan kejuaraan MotoGP 2021, Fabio Quartararo menganggap kemenangan awal musim di Qatar dan Portimao sebagai momen paling diingati setakat ini.

Kemenangan di perlumbaan kedua Losail itu adalah kemenangan pertama Quartararo sebagai pelumba pasukan pengilang Yamaha Monster Energy selepas menggantikan pelumba legenda, Valentino Rossi yang menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT. 

BACA >>> Quartararo Takluk Assen, Vinales Tebus Kecewa, Rossi Terus Malap
BACA >>> Quartararo Menang Lagi! Marquez Nombor 7, Rossi Makan Tar

Diminta mengulas mengenai perkara ini, Quartararo akui dia menerima tekanan daripada pihak luar selepas mengisi slot ditinggalkan Rossi. 

“Tekanan yang aku terima bukan dari pasukan sendiri, tapi dari luar. Aku cuba buat dek je tapi bila kau gantikan tempat King macam Rossi, tekanan tu memang akan ada.”

Dia juga terkesan dengan komen daripada pihak media yang menjangkakan pelumba muda Perancis itu beraksi cemerlang. Selepas kemenangannya di Qatar, dia sangat gembira kerana komen tersebut tidak lagi kedengaran.

Kemenangan Quartararo di Portugal, April lalu

Kemenangan kedua di Portimao dianggap istimewa kerana dia hanya mendapat tempat ke-14 di litar sama semasa berlumba bersama Petronas SRT musim lalu. 

Ketika ini, Quartararo selesa di kedudukan pertama carta keseluruhan dengan jarak 34 mata daripada pesaing terdekat, Johann Zarco (Pramac Ducati). Biarpun selesa di depan, dia tidak mahu leka dan ingin tampil konsisten dalam setiap baki perlumbaan.

BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza
BACA >>> Quartararo: Aku Patut Kena 'Black Flag'

SUMBER: Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, Johann Zarco, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev