Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Tayar Pirelli Cinturato Rosso Kini di Malaysia dengan Saiz 15-21 Inci, Harga Mula RM250!
Aksesori

Tayar Pirelli Cinturato Rosso Kini di Malaysia dengan Saiz 15-21 Inci, Harga Mula RM250!

Abang GYLBy Abang GYL07/07/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA mereka yang sedang mencari tayar saiz 15 hingga 21 inci, Pirelli baru saja memperkenalkan produk terbaharu, Cinturato Rosso yang direka khas untuk pengguna kenderaan Asia Tenggara.

Tayar ini direka khas untuk kenderaan jenis sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah. Pengenalan Pirelli Cinturato Rosso untuk pasaran tempatan ini adalah sebagai pengganti tayar Cinturato P1 sedia ada.

BACA >>> Inovasi Mus Tayar Pintar Bakal Atasi Masalah Pancit

Menariknya, Pirelli Cinturato Rosso menawarkan  4 peratus prestasi membrek yang lebih baik, dan 8 peratus ekstra perbatuan berbanding Cinturato P1. Malah, ia juga menjanjikan tahap bising tayar minimum, dan pemanduan lebih selesa, sekali gus memberikan penjimatan bahan api lebih baik.

Sebagai pilihan, Pirelli Cinturato Rosso menawarkan hingga 67 saiz dengan dimensi lebar 195mm hingga 295mm, dan rating halaju H, V, W dan Y.

PIRELLI CINTURATO ROSSO vs P1


Pada masa sama, rakan media turut berpeluang menguji kedua-dua tayar Cinturato Rosso dan P1 dalam dua kondisi permukaan jalan kering dan basah.

Ujian pembrekan tayar Pirelli Cinturato Rosso pada halaju 80kmj dengan kondisi jalan kering merekodkan catatan 26 meter berbanding 28 meter untuk Cinturato P1.

Dalam kondisi jalan basah pula mencatatkan  jarak membrek sejauh 29 meter, berbanding 31 meter untuk Cinturato P1. Ini secara tidak langsung membuktikan kelebihan tayar Pirelli Cinturato Rosso berbanding P1.

HARGA SERENDAH RM250

Pirelli Cinturato Rosso boleh didapati di semua pengedar Tayar Ria seluruh negara pada harga serendah RM250 hingga RM1,500, bergantung saiz dan lebar tayar.

BACA >>> Pirelli Cipta Tayar Pintar yang Boleh Baca Kondisi Jalan Menerusi Wayarles 5G
BACA >>> Lambretta V200 Edisi Pirelli, Cuma 200 Unit Seluruh Dunia

aksesori Pirelli Cinturato P1 Pirelli Cinturato P1 Malaysia Pirelli Cinturato Rosso Pirelli Cinturato Rosso Malaysia tayar kereta tayar kereta bagus tayar kereta murah tayar kereta terbaik Tayar Pirelli Tayar Pirelli Cinturato Rosso tayar pirelli terbaik
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    04/06/2026

    1 Comment

    1. Alang on 08/07/2022 22:06

      Terbaik,saya ada bengkel,bole saya dapat harga yang murah

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.