Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tata Harrier dengan Platform Land Rover Bakal Lancar Tahun Depan untuk Pasaran India
Auto Terkini

Tata Harrier dengan Platform Land Rover Bakal Lancar Tahun Depan untuk Pasaran India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TATA seperti kita semua tahu kini memiliki Jaguar Land Rover, tetapi memilih memasarkan model masing-masing secara berasingan kerana berbeza segmen dan pelanggan. Namun, semua itu akan berubah dengan pelancaran (Tata) Harrier.

Ditayangkan awal tahun ini sebagai model konsep H5X, Tata Harrier dibina berasaskan platform LR-MS/D8, sama seperti Land Rover Discovery Sport, Jaguar E-Pace, dan Range Rover Evoque generasi ke-8 (akan datang). Cuma model satu ini ditakdirkan berada di pusat pameran Tata untuk pasaran India, Timur Tengah dan Afrika.

BACA >>> Toyota Harrier Serba Baharu (2018) Sudah Ada Di Malaysia – Harga Bermula RM238K

Tidak banyak diketahui tentang perincian model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, tetapi laman web permotoran, MotorAuthority meramalkan ia akan dikuasakan enjin empat sebaris 2.0L turbodiesel – kemungkinan daripada famili Ingenium JLR dan ditawarkan dalam dua talaan kuasa, transmisi manual atau automatik serta opsyen pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).

Mengambil contoh model konsep H5X, Harrier itu akan jadi antara model pertama menggunakan bahasa rekabentuk baru Tata, digelar Impact Design 2.0 – yang bakal digunakan model-model lain akan datang.

Crossover itu mungkin datang dengan kabin 5 kerusi, sebelum disusuli versi 7 kerusi. Apabila dilancarkan, model itu dijangka berharga lebih mahal berbanding model bajet yang ditamatkan pengeluaran, Nano. Segalanya pasti lancar, tetapi itupun jika Toyota tidak menimbulkan bantahan kuat atas penggunaan nama tersebut (Toyota Harrier).

BACA >>> #GMS2018: Tata H5X Concept – SUV India dengan Konsep DNA Land Rover

Ada kes Toyota menjenamakan semula nama Harrier kepada Lexus RX. Lagipun, sejak lewat 1990-an, situasi itu berlaku bukan hanya di Jepun, tetapi juga pasaran Asia lain. Soalannya, sedap sangat ke nama tu?

SUMBER: CarScoops

Crossover H5X Concept Impact Design 2.0 India Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta konsep Platform Roda4 SUV TATA Tata Harrier
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.