• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tata Harrier dengan Platform Land Rover Bakal Lancar Tahun Depan untuk Pasaran India

Tata Harrier dengan Platform Land Rover Bakal Lancar Tahun Depan untuk Pasaran India

July 31, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


TATA seperti kita semua tahu kini memiliki Jaguar Land Rover, tetapi memilih memasarkan model masing-masing secara berasingan kerana berbeza segmen dan pelanggan. Namun, semua itu akan berubah dengan pelancaran (Tata) Harrier.

Ditayangkan awal tahun ini sebagai model konsep H5X, Tata Harrier dibina berasaskan platform LR-MS/D8, sama seperti Land Rover Discovery Sport, Jaguar E-Pace, dan Range Rover Evoque generasi ke-8 (akan datang). Cuma model satu ini ditakdirkan berada di pusat pameran Tata untuk pasaran India, Timur Tengah dan Afrika.

BACA >>> Toyota Harrier Serba Baharu (2018) Sudah Ada Di Malaysia - Harga Bermula RM238K

Tidak banyak diketahui tentang perincian model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, tetapi laman web permotoran, MotorAuthority meramalkan ia akan dikuasakan enjin empat sebaris 2.0L turbodiesel - kemungkinan daripada famili Ingenium JLR dan ditawarkan dalam dua talaan kuasa, transmisi manual atau automatik serta opsyen pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).

Mengambil contoh model konsep H5X, Harrier itu akan jadi antara model pertama menggunakan bahasa rekabentuk baru Tata, digelar Impact Design 2.0 - yang bakal digunakan model-model lain akan datang.

Crossover itu mungkin datang dengan kabin 5 kerusi, sebelum disusuli versi 7 kerusi. Apabila dilancarkan, model itu dijangka berharga lebih mahal berbanding model bajet yang ditamatkan pengeluaran, Nano. Segalanya pasti lancar, tetapi itupun jika Toyota tidak menimbulkan bantahan kuat atas penggunaan nama tersebut (Toyota Harrier).

BACA >>> #GMS2018: Tata H5X Concept - SUV India dengan Konsep DNA Land Rover

Ada kes Toyota menjenamakan semula nama Harrier kepada Lexus RX. Lagipun, sejak lewat 1990-an, situasi itu berlaku bukan hanya di Jepun, tetapi juga pasaran Asia lain. Soalannya, sedap sangat ke nama tu?

SUMBER: CarScoops

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover, H5X Concept, Impact Design 2.0, India, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kereta konsep, Platform, Roda4, SUV, TATA, Tata Harrier

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my