Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tanah Mendap Besar, Sebahagian Lebuhraya KL-Karak (KLK) Tutup
Auto Terkini

Tanah Mendap Besar, Sebahagian Lebuhraya KL-Karak (KLK) Tutup

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAHAGIAN akses ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terpaksa ditutup kepada pengguna jalan raya berikutan kejadian tanah mendap besar di KM66.2 dekat Plaza Tol Bentong sejak malam tadi.

Operator lebuh raya, Anih Berhad mengesahkan penutupan itu membabitkan kedua-dua arah dan sedang menyiasat perkara tersebut. Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif.

Semua pengguna ke Kuala Lumpur dari Kuantan diarahkan keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat. Pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan dilencongkan ke persimpangan Central Spine Road (CSR).

Anih Berhad berkata;

Kenderaan yang menggunakan CSR dari Pantai Timur boleh meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun pengguna dari Kuala Lumpur yang menuju ke Gua Musang (Kelantan) perlu keluar di persimpangan Bentong Barat dan masuk semula melalui persimpangan CSR Bentong.”

Pasukan teknikal Anih Berhad, LPT Ronda dan polis berada di lokasi malam tadi untuk membantu mengarahkan kenderaan menggunakan lencongan ke laluan alternatif disediakan.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi perkongsian di Facebook berkata;

Saya ambil maklum kes jalan mendap yang berlaku di KM66.1 Lebuhraya KL-Karak yang berlaku sebentar tadi. Saya telah mendapatkan maklumat daripada pegawai dan difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.34pm. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di KM66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur. Status terkini semua lorong arah Timur dan Barat ditutup.

“Pengguna ke arah Kuanta/Karak dinasihatkan keluar ke Persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke lebuhraya di Persimpangan Bentong Timur.

“Pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road, CSR) untuk ke Kota Bharu dibenarkan menggunakan Persimpangan CSR.

“Manakala, pengguna ke arah Kuala Lumpur pula dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke lebuhraya di Persimpangan Bentong Barat. Trafik dalam keadaan terkawal.

“Saya mengarahkan jabatan dan agensi yang terlibat supaya memberikan saya kemaskini kejadian ini kepada saya dari semasa ke semasa.”

ANIH Berhad autoterkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Kementerian Kerja Raya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Tanah Mendap KL-Karak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.