Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Sampai Dua Minggu, Tempahan Proton Saga (2019) Cecah 4,000 Unit!
Auto Terkini

Tak Sampai Dua Minggu, Tempahan Proton Saga (2019) Cecah 4,000 Unit!

Han OthmanBy Han Othman14/08/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Saga (2019) baharu mendapat tempahan kira-kira 4,000 unit dalam tempoh lapan hari sejak dilancarkan 6 Ogos lalu, menurut Pengarah Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook.

“Kami dapat tempahan lebih kurang 500 unit Saga setiap hari sejak model itu dilancarkan. Ini pasti berita baik buat Proton,” katanya

Angka tempahan tinggi itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika mengambil kira respon positif pembaca dan pembeli tentang Saga (2019) ketika dilancarkan yang bukan saja menawarkan ciri, tetapi juga harga menarik di pasaran.

Saga (2019) ialah versi dipertingkat (facelift) yang diberikan penambahbaikan signifikan supaya tampil lebih kompetitif dan relevan dengan trend masa kini. Paling ketara ialah pengenalan unit infotainment jenis apung menggantikan sistem audio tradisional.

Rupa luaran turut disegarkan dengan gril ‘Infinite Weave’, lampu siang (DRL) LED dan tulisan ‘PROTON’ yang melintang sepanjang pintu but, serta rekaan rim sport baharu. Kemasan dalaman juga kini nampak lebih mewah dan berkualiti yang membuatkan sesiapa saja susah untuk tidak jatuh hati kepada sedan ikonik ini.

Ini turut disokong harga mampu milik yang ditawarkan serendah RM32,800 hingga RM39,800. Jika dibandingkan pesaing dalam kelas sama, harga Saga (2019) nyata mengejutkan dan boleh disebut sebagai tidak masuk akal.

Dah submit loan ke belum ni? 🤤

BACA >>> Proton Saga (2019) Dilancarkan! Inilah 8 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM33k!
BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

Auto Terkini Cheng Seng Fook Proton Proton Saga Proton Saga (2019) Facelift Roda4 Sedan Sedan Segmen-A
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

29/07/2026
TGR Vios Gold Championship 2026
Sukan Permotoran

Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

29/07/2026
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026

3 Comments

  1. Ah meng on 16/08/2019 08:36

    Cuma tambah keyless entry dan leather seat lg kt saga..

    Reply
  2. Proton sampah on 04/10/2019 17:06

    Very bad buat loan dah 2 bulan lepas approve, tapi smpai sekarang kereta x de allocate lagi

    Reply
  3. kecewa on 16/06/2021 11:39

    proton mmg teruk…loan dah lulus lama dh..dah dekat 3 bulan x de khabar pasal kereta..patut la proton ketinggalan dari segi sale…lembab

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.