Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Jangan Tinggal 8 Benda Ini dalam Kereta!
Autotainment

#TahukahAnda: Jangan Tinggal 8 Benda Ini dalam Kereta!

Azizi HBy Azizi H31/10/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemandu meninggalkan barang dalam kereta kerana malas hendak bawa benda yang sama berulang kali. Malah, kereta moden masa kini yang menyediakan banyak ruang storan untuk menyimpan barang juga menjadi faktor kenapa ramai memilih meninggalkan barang dalam kereta.

Namun, tidak semua barang boleh ditinggalkan begitu saja dalam kereta, lebih-lebih lagi jika diparkir secara terbuka kerana boleh mengundang bahaya. Berikut kami senaraikan jenis barang yang jangan sesekali ditinggalkan dalam kereta anda!

BACA >>> Digit – Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja

1. Makanan dan Minuman

air-minuman-1.5L

Menyimpan makanan dan minuman sama ada dalam pek atau disimpan dalam bekas di dalam kenderaan adalah berbahaya untuk kesihatan kerana terdedah kepada bahang matahari. Ini kerana suhu dalam kereta boleh mencecah 70°C atau lebih hingga menyebabkan kandungan dalam makanan atau minuman terurai, sekali gus menghasilkan bahan kimia cemar.

2. Ubat-ubatan

Kalau dibaca arahan menyimpan ubat pun disuruh disimpan pada suhu bilik. Jadi memang sah tidak elok apa saja ubat-ubatan disimpan dalam kereta tidak kira dalam jangka masa sekejap atau lama. Ubat akan cepat rosak jika terdedah suhu tinggi. Mengambil ubat-ubatan rosak semestinya boleh menjejaskan kesihatan.

3. Peranti atau Alatan Elektronik dengan Sumber Bateri

Peranti dikuasakan bateri litium-ion sangat berbahaya jika terdedah kepada suhu panas terlalu, apatah lagi secara terbuka boleh menyebabkan letupan. Pernah ada kes sebuah Alza terbakar akibat pemiliknya meninggalkan pengecas powerbank.

Jadi hati-hati dengan peranti elektronik mudah meletup seperti telefon bimbit, komputer riba, dan rokok elektronik. Juga jangan dilupakan peranti lain seperti pembaca kad tol Smart-Tag. Sila simpan dalam kotak khas yang diletakkan dalam laci khas, jangan biarkan terdedah.

4. Tin Aerosol (Pewangi, Racun Serangga, dll)

Tin aerosol seperti penyembur dandanan rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan ubat asma ialah bahan mudah terbakar. Jadi, janganlah ditinggalkan dalam kereta kerana boleh membuatkan kandungan kimia dalam tin mengembang dan bertindak balas menghasilkan letupan.

5. Ubat Gegat dan Racun

Racun serangga seperti ubat gegat nampak macam tidak bahaya, tetapi tahukah anda benda itu mampu mengancam kesihatan tanpa kita sedar jika ditinggalkan dalam kereta?

Ingat, apa saja bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan dalam kereta kerana mudah meruap jika terkena panas, sekali gus mencemarkan udara dalam kenderaan. Nanti lipas tak mati, tuan punya kereta pula nyawa-nyawa ikan.

6. Pemetik Api, Mancis

Golongan perokok ada lebih satu pemetik api, dan satu disimpan dalam kereta. Ramai mungkin lupa (atau buat-buat lupa?) yang pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas!

7. Petrol

Bukan petrol dalam tangki minyak kereta, tapi petrol yang disimpan sebagai minyak rizab ketika kecemasan, biasanya disimpan dalam but. Ini perbuatan yang sangat berbahaya kerana petrol ialah jenis bahan mudah terbakar. Mungkin ada cakap petrol bukannya mudah terbakar akibat bahang, dan memerlukan percikan api untuk menyala.

Namun, langit tidak selalu cerah. Kereta kita boleh terbabit kemalangan dan risiko berlaku percikan api sentiasa ada di mana-mana.

8. Anak

Ini paling penting, anak bukanlah penyebab kereta meletup, tetapi jika tertinggal, kita pula yang akan menangis penuh penyesalan. Sudah banyak kali kita terdengar insiden ibu bapa tertinggal anak dalam kereta di Malaysia.

Ini biasa berlaku kepada ibu atau bapa yang terpaksa mengambil alih tugas pasangan untuk menghantar anak mereka ke taska. Disebabkan tugas itu bukan rutin harian, ramai kerap terlupa. Terus saja memandu ke tempat kerja, masuk parkir dan terus keluar ke pejabat.

Jika takut terlupa anak dalam kereta, di bawah ini ialah tip yang boleh anda ikut:

BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta
BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

SUMBER : MALAYSIA 3C

autotainment Jangan Tinggal Barang dalam Kereta tahukah anda tip
Azizi H

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.