• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Digit - Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja

Digit - Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja

May 29, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN penghantaran di negara kita semakin berkembang pesat, sama ada berurusan secara independen atau tidak kurang juga berkhidmat dengan syarikat start-up menerusi aplikasi mobil.

Apabila menjadi arus perdana, perkhidmatan seperti ini membuka peluang kerja kepada ribuan rakyat tanpa Kerajaan perlu bersusah payah mencari pelabur luar negara, atau pening kepala memikirkan sisa industri dan seumpananya. Persoalannya,  sampai bila ia mampu bertahan sebelum muncul trend perkhidmatan baharu memasuki pasaran?

Ford misalnya berkerjasama dengan Agility Robotics bagi meneroka bidang baharu dunia autonomi dan kaedah baharu penghantaran. Apa yang mahu diteroka kedua-dua syarikat itu ialah mobiliti kereta tanpa pemandu dengan kehadiran robot kurier untuk membuat penghantaran terus pintu ke pintu atau secara serahan tangan.

Antara peluang terhidang ialah membeli-belah atas talian yang mana perkhidmatan penghantaran ialah bentuk perniagaan besar. Misalnya, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) mengendalikan 6 bilion bungkusan sepanjang 2018, iaitu dua kali ganda berbanding sedekad lalu.

Kenderaan autonomi pemandu menawarkan banyak  kelebihan seperti membawa penumpang dan barangan serentak, dan di sinilah idea robot kurier dapat berfungsi.

DIGIT - ROBOT KURIER YANG BOLEH BERJALAN

Agility Robotics sudah mempunyai robot berkaki dua yang mampu berjalan, dipanggil Digit. Robot tersebut dibina dengan bahan ringan dan mampu mengangkat beban seberat 18kg, termasuk boleh turun dan naik tangga serta berjalan atas permukaan tidak rata.

Digit juga mampu melipatkan badan sendiri supaya mudah disimpan dalam kereta. Sebaik saja kereta tanpa autonomi tiba ke destinasi, robot itu akan mengambil barang dalam kereta dan terus menghantar ke tempat ditetapkan. Ajaib bukan? Kunci kepada aktiviti seperti ini program atau aturcara yang sudah disetkan terlebih dulu.

Digit dilengkapi teknologi pengesan laser LiDAR (Light Detection and Ranging) dan beberapa kamera dengan stereo. Apabila berdepan halangan, Digit akan menghantar imej kepada kenderaan untuk membolehkan ia mencari penyelesaian. Kenderaan boleh menghantar  maklumat itu kepada aplikasi awan (cloud) dan meminta bantuan daripada sistem lain.

Teknologi robot ini memang canggih dan tidak mustahil ia jadi realiti. Namun, apa yang merisaukan ialah apakah akan terjadi kepada tenaga kerja manusia sedia ada? Semestinya kita mengharapkan ia bakal menambah dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan bukan sekadar mengambil alih tugas manusia semata-mata.

BACA >>> Rotobox Splice - Supermoto Kustom Sentuhan Pengeluar Rim Gentian Karbon Slovenia

GALERI
Digit robot.01
Digit robot.02
Digit robot.03
Digit robot.04
Digit robot.05
Digit robot.06
Digit robot.07
Digit robot.08
Digit robot.09
207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agility Robotics, Auto Terkini, Digit, Ford, Robot, Robot Digit, Robot Kurier, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my