Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib06/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKANAN tayar mencukupi akan memastikan kenderaan dapat beroperasi pada tahap baik dengan mendapat manfaat penggunaan minyak yang lebih cekap, jangka hayat tayar mampu bertahan lebih lama dan memberikan cengkaman terbaik atas permukaan jalan, terutama ketika membrek.

Bagaimanakah hendak memastikan tekanan tayar sentiasa mencukupi? Bagi pemilik yang tinggal di apartmen, kalau kena turun-naik lif atau tangga untuk jenguk kereta memang macam susah sikit. Mungkin sekali-sekala saja sementara menunggu isteri bersiap.

Apa yang pasti, masalah tekanan angin tayar biasanya akan dirasai ketika memandu kerana kereta akan rasa terlebih bergegar. Semestinya perkara pertama yang biasa kita lakukan adalah periksa dulu kondisi tayar.

BACA >>> Perodua Perkenal GearUp Smart Bluetooth TPMS – Peranti Pintar Pantau Tekanan Tayar

TPMS – TEKNOLOGI BAHARU DUNIA AUTOMOTIF

Namun, ada teknologi baharu yang semakin meluas diperkenalkan dunia automotif masa kini, dan pengeluar tempatan juga tidak terkecuali, iaitu Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (Tyre Pressure Monitoring System, TPMS).

TPMS ialah sistem elektronik yang berfungsi memantau semua tekanan tayar kenderaan kita. Amaran akan dikeluarkan kepada pemandu jika tekanan angin terlalu rendah. Isyarat amaran akan menyala pada panel meter yang biasanya tertera simbol bentuk tayar.

Antara contoh simbol digunakan pengeluar kereta

Bagaimanapun, buat masa ini simbol amaran dibuat mengikut pengeluar. Apa yang penting, pemandu perlu dimaklumkan mengenai simbol amaran tersebut, dan diberikan penjelasan mengenai fungsi dan apa tindakan perlu dilakukan.

BACA >>> Kereta Meletup Selepas Sembur Pewangi dan Nyala Rokok dalam Kereta

KENAPA TPMS DIPERLUKAN?

Berdasarkan undang-undang di Malaysia, memang tiada kewajipan untuk pengeluar automotif memasang TPMS pada produk kenderaan masing-masing. Bagaimanapun, negara luar seperti Amerika Syarikat (AS) mewajibkan sistem itu pada kereta baharu sejak 2006. Syarat itu dibuat selepas mengambil kira statistik kemalangan tinggi yang berpunca akibat masalah tayar.

Akta bunga tayar juga menjadi punca kenapa teknologi TPMS  wajib dipasang di AS. Tekanan tayar yang mencukupi juga membantu pemandu memanjangkan jangka hayat bunga tayar. Malah, prestasi tayar kenderaan bergantung kepada kawasan cengkaman tayar dan permukaan jalan yang perlu mengikut tekanan angin tayar tersebut.

Maklumat tekanan angin tayar ada dilekatkan di bingkai pintu.

TPMS juga secara langsung memaklumkan kepada pemandu masa untuk menambahkan tekanan angin tayar. Maklumat mengenai tekanan angin tayar pula boleh dilihat pada bingkai pintu bahagian pemandu (seperti foto atas). Ia sudah menjadi lokasi standard pada semua kenderaan masa kini.

Tekanan angin tayar berbeza mengikut saranan pengeluar. Jika anda  menukar jenama tayar, pastikan tekanan tayar masih dalam julat saranan pengeluar. Penjagaan tekanan angin tayar juga mampu meningkatkan tahap keselamatan pemanduan.

Tekanan angin tayar mencukupi memberikan tahap pengendalian terbaik dan jarak henti yang dekat ketika membrek selain mengurangkan kerosakan pada permukaan tayar. Ini secara tidak langsung membuatkan kereta dapat dipandu dengan cekap dan menjimatkan bahan api.

OPERASI SISTEM

Penggunaan sistem radar dan pendawaian adalah penting bagi menghantar isyarat dari sensor tekanan tayar. Bagi memastikan isyarat amaran dapat dihantar kepada pemandu, pengeluar perlu memastikan unit kawalan kenderaan dapat memproses isyarat tekanan tayar dan menghantar isyarat amaran ke panel meter.

Ada dua jenis TPMS yang digunakan majoriti pengeluar masa kini, iaitu:

1. TPMS Langsung (Direct TPMS)

Rekabentuk TPMS Langsung direka bersambung dengan injap tayar. Kedudukan sensor terletak dalam struktur tayar. Jadi, setiap tayar memerlukan satu injap dan sensor pemantauan tekanan di dalam.

Isyarat akan dihantar apabila tekanan angin tayar kurang 25 peratus daripada saranan pengeluar.  Isyarat akan dihantar ke unit kawalan kenderaan melalui isyarat radar yang mengaktifkan isyarat amaran pada panel meter.

Pengeluar juga boleh menetapkan keadaan tekanan berdasarkan keupayaan sensor dan keperluan pasaran. Ada juga sensor yang dipasangkan terus pada injap luar tayar. Sensor itu boleh dipasangkan sendiri, tetapi keburukannya, mudah pula hilang. Maklumlah, tayar pun boleh hilang, inikan pula sensor berteknologi begini.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

2. TPMS Tidak Langsung (Indirect TPMS)

TPMS Tidak Langsung pula bertindak balas dengan sensor kawalan halaju kereta. Pengurangan tekanan angin tayar akan membezakan halaju tayar pada tayar terjejas dengan tayar lain.

Perbezaan itu akan dikesan unit kawalan kenderaan yang kemudian mengaktifkan isyarat amaran pada panel meter. Justeru pengeluar perlu mengawal tetapan halaju berbeza bagi mengenal pasti titik penentu isyarat dikeluarkan. Sistem ini lebih menjimatkan kerana menggunakan sensor halaju. Namun, kadar ketepatan adalah minimal.

SIMBOL MENYALA, APA PERLU DIBUAT?

Jika isyarat amaran menyala, pastikan anda menambah tekanan angin tayar seperti disarankan pengeluar. Isyarat amaran sepatutnya hilang selepas tekanan tayar ditambah. Namun, jika isyarat pada panel meter masih tidak hilang, segeralah bawa kereta anda ke pusat servis. Juruteknik akan memeriksa keseluruhan sistem bagi mengenali masalah tersebut.

Misalnya, TPMS Langsung beroperasi menggunakan bateri yang mampu bertahan sepanjang tempoh waranti kenderaan. Dalam erti kata lain,  had maksimum bateri TPMS Langsung ialah lima tahun. Jadi juruteknik akan menukar baharu unit itu kerana set bateri adalah jenis terbina dalam.

Unit kawalan kenderaan juga boleh jadi punca masalah. Segeralah ke pusat servis jikaa isyarat amaran tekanan lampu tidak terpadam selepas menambah tekanan angin tayar.

BERGUNAKAH TPMS?

Ya, TPMS memang sangat diperlukan setiap kereta supaya pemandu dapat memastikan tayar kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan baik.

Pemandu juga dapat sentiasa bersedia sekiranya tayar perlu ditukar atau tekanan angin tayar perlu ditambah. Permantauan yang dibantu teknologi itu pasti menyenangkan hati pemandu. Ini kerana pemandu dapat memandu dalam keadaan selamat tanpa perlu risaukan kondisi tayar kereta mereka.

Namun, apa yang menjadi masalah adalah kos pemasangan TPMS masih mahal, manakala modul sistem yang boleh digunakan mudah hilang. Apapun, sebagai pemilik kenderaan yang bijak, kita hendaklah ada inisiatif untuk memastikan tekanan angin tayar sentiasa mencukupi menurut saranan pengeluar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

Direct TPMS Indirect TPMS Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) tahukah anda Tekanan Angin Tayar Teknologi TPMS TPMS TPMS Langsung TPMS Tidak Langsung
Talib

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.