Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang ‘Recall’ Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula ‘TSB’?
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang ‘Recall’ Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula ‘TSB’?

TalibBy Talib27/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPELBAGAIAN teknologi, penambahbaikan ciri keselamatan dan peningkatan prestasi kenderaan membawa kepada penemuan masalah baharu. Di sinilah muncul istilah ‘TSB’ dan ‘Recall’.

Macam-macam masalah sering menimpa pemilik selepas membeli kereta sama ada dikesan ketika masih dalam tempoh waranti pengeluar atau sudah tamat tempoh. Justeru ‘TSB’ dan ‘Recall’ ialah dua istilah digunakan pengeluar bagi menangani masalah produk yang sudah dihantar kepada pembeli.

Artikel kali ini akan menjelaskan serba sedikit mengenai bagaimana fungsi dan manfaat dua istilah berkenaan kepada pemilik kereta.

BACA >>> Patutkah Risau Jika Kereta Dipanggil Balik (Recall)?

APAKAH ‘RECALL’ DALAM AUTOMOTIF?

‘Recall’ boleh digunakan walaupun kereta sudah tamat tempoh waranti.

‘Panggil balik’ atau ‘Recall’ ada DUA fungsi.

Pertama, digunakan pemilik kereta untuk memaklumkan kepada pengeluar mengenai masalah yang boleh mengancam keseluruhan sistem keselamatan kenderaan itu. Ia juga ada kaitan dengan keselamatan pemilik juga.

Jika pengeluar menerima permintaan recall daripada pemilik kereta. Ini menjadi tanggungjawab mereka untuk mengenal pasti permasalahan dan membuat pemeriksaan menyeluruh dengan kaedah terbaik bagi menjamin keselamatan pemiliknya. Proses ini mengambil masa lama kerana pengeluar perlu lebih teliti melakukan penyiasatan.

Kedua, istilah ‘Recall’ digunakan pengeluar untuk memanggil balik semua pemilik bagi tujuan keselamatan. Kebiasaannya, pengeluar cuma melakukan ‘Recall’ untuk komponen, atau alat ganti keselamatan tertentu sahaja, dan bukan menukar kereta baharu.

Jika tiada penyelesaian keselamatan, barulah pengeluar akan memanggil balik satu unit kereta daripada pemilik. Sebenarnya pengeluar sedaya upaya cuba mengelak daripada mengeluarkan notis ‘Recall’ kerana apabila dilakukan, ia membabitkan proses penukaran komponen, atau alat ganti secara percuma tanpa mengira kereta itu masih dalam waranti atau sudah tamat tempoh.

Undang-undang turut menyatakan jika sesebuah kereta mengalami isu keselamatan, pengeluar perlu bertanggungjawab ke atas semua prosess penukaran, termasuk kemalangan yang menimpa pemilik. Setakat ini, banyak isu keselamatan kenderaan dipanggil balik seperti kemalangan melibatkan beg udara meletup (Takata), kegagalan kawalan pemanduan dan kegagalan enjin.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

APAKAH BULETIN SERVIS TEKNIKAL (TECHNICAL SERVICE BULLETIN, TSB)?

‘TSB’ pula berbeza konsep daripada ‘Recall’ yang mana masalah berlaku tidak melibatkan faktor keselamatan. Bagaimanapun, pengeluar perlu mengenal pasti masalah itu mengikut tahap permasalahan berdasarkan maklumat diberikan pemilik ketika sesi penyenggaraan awal.

Selepas data dikumpul dan kaedah penyelesaian sementara atau tetap ditemui, pengeluar akan mewartakan TSB kepada semua Pusat Servis. Berbanding ‘Recall’, kerja-kerja baik pulih disebabkan ‘TSB’ adalah ditanggung pemilik kereta jika kereta sudah tamat tempoh waranti.

Namun, ada juga sesetengah pengeluar memberikan kelonggaran mengikut situasi dan budi bicara. Apa kata berunding baik-baik, manalah tahu boleh dapat servis atau penukaran komponen percuma. Janganlah marah-marah sebab masalah itu berlaku selepas tempoh waranti tamat.

BACA >>> Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!

BAGAIMANAKAH KETAHUI KERETA TERLIBAT ATAU TIDAK?

Berdasarkan segala maklumat dijelaskan setakat ini, kita perlu faham tidak semua model kereta terlibat dalam ‘Recall’ atau ‘TSB’. Isunya, bagaimanakah hendak tahu kereta kita terlibat atau tidak?

Sekadar panduan kepada bakal pembeli, siasatlah serba sedikit mengenai masalah kereta anda di laman forum, blog atau grup media sosial. Kebiasaannya, mereka akan saling berbincang mengenai masalah dialami kereta yang dibeli. Bagaimanapun, tidak semua kereta terlibat kerana masalah TSB biasanya akan diatasi untuk model atau barisan pengeluaran berikutnya.

Panduan kedua, bolehlah bertanya sendiri kepada penjual kereta atau pihak pengeluar untuk mengetahui status terkini model kereta anda.

‘RECALL’ TAKATA YANG MENGGEMPARKAN DUNIA

Pengeluar seperti Honda, Toyota, Proton dan Nissan di Malaysia dan seluruh dunia sudah lama melancarkan kempen panggil balik aka ‘recall’ membabitkan semua model yang mengalami masalah beg udara Takata kerana berisiko meragut nyawa pemilik kenderaan.

Masalah ini sangat berbahaya dan penukaran beg udara mesti dilakukan segera dengan kos ditanggung pengeluar sepenuhnya. Jika kereta anda terlibat, pastikan segera ke Pusat Servis sah.

BACA >>> Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

Penggunaan nombor pengenalan kenderaan (VIN) adalah antara cara pemilik dan pengeluar mengetahui status kereta yang terlibat dalam kempen ‘Recall’ atau ‘TSB’. Pengeluar turut menyediakan platform di laman web bagi memudahkan pemilik memeriksa status kereta sendiri.

Pembeli kereta terpakai pula boleh bertanyakan pemilik awal mengenai status ‘Recall’ atau ‘TSB’. Ini kerana ia kekal boleh digunakan walaupun pemilikan kenderaan berubah. Pastikan sentiasa sedia maklum mengenai status kereta anda dan mengetahui perbezaan dua istilah berkenaan.

Akhir sekali, ingat, jika kereta terlibat dengan kempen ‘Recall’, segeralah ke Pusat Servis! Ini kerana kempen itu kemungkinan besar berkait rapat dengan keselamatan anda sebagai pemilik. Sayangilah nyawa sendiri dan keluarga walaupun kempen tersebut mungkin menjejaskan kehidupan harian anda.

autotainment Buletin Servis Teknikal (TSB) Panggil Balik pusat servis Recall tahukah anda Technical Service Bulletin (TSB) TSB
Talib

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.