Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1?

Sebenarnya istilah ‘minyak brek’ kurang tepat kerana ia bukan sejenis ‘minyak’. Inilah sebab kenapa label pada botol ditulis ‘brake fluid’ (bendalir brek), dan bukan ‘brake oil’ (minyak brek). Tetapi untuk istilah tempatan dan urusan jual beli di Malaysia, istilah minyak brek (juga disebut brake oil) adalah merujuk produk yang sama.

Jadi kami kekalkan istilah minyak brek untuk memudahkan pemahaman dan bacaan. Sila jangan bergaduh… 😆

BACA >>> #ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?

TITIK DIDIH KERING VS BASAH?

Ada banyak jenis minyak brek di pasaran yang dibezakan mengikut DOT (Department of Transportation), iaitu gred spesifikasi berasaskan piawaian Amerika Syarikat mengikut standard titik didih (boiling point).

Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis: kering dan basah.

Titik didih kering ialah titik didih minyak brek ketika bendalir itu dalam kondisi baharu. Titik didih basah pula bermakna minyak brek itu sudah lama digunakan (sekitar 1-2 tahun), atau terdedah dalam bekas terbuka.

Berdasarkan jaduah di atas, kita dapat lihat penurunan titik didih hingga 60-80ÂșC, yakni julat angka yang besar. Jadi, memang penting untuk kita menukar minyak brek baharu.

Ketika membrek, geseran antara cakera (disc) dan pad akan menghasilkan haba. Haba panas itu akan dipindahkan kepada kaliper dan minyak brek. Membrek secara keras mampu membuatkan minyak brek mendidih, sekali gus menyebabkan gelembung udara terbentuk dan boleh menjejaskan fungsi brek.

Situasi ini sangat bahaya kerana brek boleh hilang kuasa cengkaman. Bab penyenggaraan yang satu ini memang tiada kompromi kerana keselamatan lebih utama dan anda perlu segera menukarkan minyak brek baharu!

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

APAKAH DOT?

Sekarang lihat pada angka DOT. Semakin besar nombor di belakang, maka titik didih juga tinggi. Jika mahu kenderaan anda digunakan untuk berlumba yang memerlukan operasi pembrekan maksimum, maka disarankan menggunakan DOT 5 dengan titik didih 260ÂșC.

Namun, anda juga perlu tahu DOT 5 terbahagi kepada dua jenis: DOT 5 dan DOT 5.1. Namun, titik didih kedua-dua jenis DOT 5 itu asasnya adalah sama, cuma jenis bendalir yang berbeza. DOT 5 berasaskan silikon, manakala DOT 5.1, glikol etilena (ethylene glycol).

Bendalir berasaskan silikon bersifat tidak lelas (abrasive) terhadap cat, serta tidak higroskopik, iaitu tidak berterusan menyerap air seperti glikol. Jadi DOT 5 lebih tumpat yang mana pengguna dapat rasa sedikit ‘anjal’ ketika menginjak brek, tetapi tidak disarankan untuk perlumbaan.

Sebaliknya DOT 5.1 mampu menyalut bahagian getah dalam sistem brek. Asasnya, DOT 5 memiliki karakter bendalir yang lebih konsisten pada suhu rendah yang sesuai untuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Masalah DOT 5.1 pula, minyak brek ini lebih higroskopik berbanding DOT 4 dan perlu kerap diganti.

Apapun, pastikan baca buku manual dan maklumat sistem brek hidraulik dengan minyak brek, termasuk jenis yang direkomenkan pengeluar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

BILA PERLU GANTI MINYAK BREK?

Anda perlu menukar minyak brek dan melihat komponen brek aftermarket pada kenderaan supaya dapat disesuaikan dengan jenis gred. Ini diperlukan supaya kenderaan anda dapat bekerja dengan cekap dan optimum serta tidak membahayakan keselamatan.

Kebanyakan minyak brek yang digunakan adalah berasaskan glikol dan menyerap air hingga lama-kelamaan operasi brek merosot, dan begitu juga titik didih.

Masalahnya, kita sendiri tidak tahu adakah dalam pemanduan biasa akan menyebabkan geseran yang menghasilkan panas lebih 140ÂșC (paras maksimum untuk DOT 3). Suhu panas, minyak brek mendidih, berlaku gelembung udara, sistem brek ‘masuk angin’ dan brek rasa tiada cengkaman adalah kombinasi masalah brek yang cukup bahaya.

Bagi kegunaan normal, alangkah baiknya anda menukar minyak brek setiap setahun atau dua tahun sekali.

BACA >>> #ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel

Apakah DOT apanakbuat autotainment Bendalir Brek brek dot DOT 3 DOT 4 DOT 5 DOT 5.1 minyak brek sistem brek tahukah anda Tukar Minyak Brek Tukar Pad Brek
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.