Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/07/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KOMPONEN kereta petrol dan diesel yang sudah lama digunakan pasti mengalami masalah haus dan lusuh (wear and tear). Ini juga tidak terkecuali untuk kereta elektrik yang mana penggunaan kuasa bateri semakin merosot.

Memandangkan bateri adalah komponen yang sangat mahal dan penting untuk operasi sesebuah kereta elektrik, jadi apabila bateri mengalami masalah kehilangan kuasa dan isian cas rendah, ini akan membuatkan pemilik bimbang.

Namun, anda sebenarnya tidak perlu terlalu risau sekiranya bateri kereta elektrik sudah sampai tempoh luput. Ketahui dulu 7 fakta ringkas tentang ketahanan kereta elektrik, penjagaan bateri dan apa yang berlaku jika bateri perlu ditukar.

BACA >>> #TahukahAnda: Vapor Lock Punca Enjin Kereta Lama Tiba-Tiba & Jem

1. Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik

Jenis bateri kereta elektrik paling biasa digunakan adalah litium-ion, sama seperti bateri telefon pintar dan komputer. Seperti mana semua bateri, komponen ini memiliki jangka hayat terhad.

Kapasiti kehilangan dan kemerosotan kuasa untuk setiap isian cas penuh bagi kereta elektrik bermaksud jumlah perbatuan akan jadi berkurangan. Jika dulu mampu dipandu sejauh 200km, mungkin selepas lama digunakan cuma mampu bergerak sejauh 150km.

2. Cuaca

Bateri boleh terjejas jika terkena suhu sangat sejuk atau sangat panas, atau jika suhu bateri itu sendiri meningkat. Pengecasan berlebihan akan dihentikan menggunakan perisian, tetapi isu nyahcas dalam (deep discharge) – disebabkan menggunakan kapasiti maksimum bateri berulang kali – masih jadi kebimbangan.

3. Apa Berlaku Jika Bateri Merosot?

Jika anda menyewa bateri di bawah perjanjian berasingan (bayar bayaran bulanan tambahan), bateri akan diganti atau dibaik pulih percuma jika prestasi merosot.

Jika anda memiliki kereta sepenuhnya dan tanpa jaminan, apa yang boleh dibuat adalah beli bateri baharu, tetapi ini akan menelan belanja ribuan ringgit. Namun, itu bukan isu besar melainkan perbatuan kereta elektrik anda sudah pun mencecah 170,000km. Majoriti pemilik kereta biasanya akan mencari kereta atau alat ganti baharu apabila sampai tempoh perbatuan sebanyak itu.

4. Apa Berlaku Kepada Bateri Selepas Diganti?

Walaupun kapasiti bateri bawah 70 peratus daripada asal, ia sebenarnya masih memiliki jangka hayat yang banyak. Pengeluar boleh menukarkan bateri itu untuk kegunaan domestik yang mana mereka boleh menyimpan tenaga yang dijana daripada panel solar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali

5. Bagaimanakah Waranti Kereta Elektrik dan Bateri Berfungsi?

Berita baiknya, kereta elektrik mempunyai perlindungan waranti yang sama seperti kereta petrol dan diesel, Kadangkala waranti diberikan sedikit lebih. Faktanya, banyak pengeluar mempunyai dua polisi. Waranti kenderaan melindungi perkara seperti kerosakan kilang, tetapi waranti komponen terdiri daripada motor elektrik, kabel, inverter dan penyambung cas.

6. Perlindungan Jaminan Bateri Kereta Elektrik

Setiap kuasa bateri yang mengalami degradasi, tetapi jika prestasi jatuh di bawah tahap tertentu – biasanya 70-75 peratus daripada asal – maka pengeluar akan membaik pulih atau menukar bateri itu.

7. Bolehkah Saya Dapatkan Polisi Aftermarket?

Ya. Waranti adalah penyedia pertama yang melindungi kereta elektrik sebelum disusuli perlindungan lain.

BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?
BACA >>> Dyson Bina Kilang Kenderaan Elektrik di Singapura, Kereta Pertama Lancar 2021

SUMBER: AutoExpress

autotainment Bateri bateri EV Bateri Kereta Elektrik Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026

    2 Comments

    1. Proton ipoh on 31/12/2022 01:56

      Terima Kasih info

      Reply
    2. proton ipoh on 04/01/2023 00:39

      terima kasih, kongsikan ilmu

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.