Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Perodua Myvi (2021) Kini Transmisi D-CVT, Apakah Kelebihannya?
Autotainment

#TahukahAnda: Perodua Myvi (2021) Kini Transmisi D-CVT, Apakah Kelebihannya?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi (2022) versi dipertingkat (facelift) yang dilancarkan semalam ialah produk kedua selepas Ativa yang hadir dengan sistem transmisi dwi-mod CVT (transmisi variabel berterusan), atau singkatan D-CVT.

Jangan silap kerana D-CVT yang digunakan Myvi (2022) baharu itu tidak sama seperti digunakan kenderaan Toyota. DCVT Toyota bermaksud Direct Shift CVT. Jadi apa itu D-CVT untuk Myvi (2022)?

BACA >>> Perodua Myvi (2022) Facelift Lancar, Ada Power Mode, A.S.A 3.0! Harga Mula RM45.7k!

D-CVT Perodua Myvi (2022)

  • D-CVT Perodua ialah jenis transmisi gabungan teknologi daripada tiga jenis kotak gear iaitu manual, automatik dan CVT, iaitu kombinasi pacuan tali sawat dan sistem pacuan gear.
  • Manfaat transmisi baharu Myvi adalah memberikan penjimatan penggunaan bahan api, meningkatkan kecekapan hantaran kuasa dan menjadikan enjin lebih senyap.
  • D-CVT  dipacu gear ketika memandu dalam halaju tinggi, berbeza daripada DCVT Toyota dengan khidmat gear dalam halaju rendah.

  • Generasi Myvi automatik sebelum ini menggunakan transmisi konvensional automatik 4-kelajuan, manakala model facelift dilancarkan semalam ialah generasi CVT (D-CVT).
  • Jika diperhatikan, tombol gear Myvi (2022) baharu sudah berubah, yang mana Perodua menggunakan susunan P-R-N-D-S-B menggantikan P-R-N-D-3-2.
  • Angka 3 kini ditukar kepada S (bermaksud Sport) yang dapat membantu pecutan ketika memotong, manakala B menggantikan 2, sesuai untuk pemanduan turun bukit.
  • D-CVT pada Myvi (2022) menawarkan kecekapan bahan api sekitar 5 peratus. Menurut Perodua, varian 1.5L mampu mencapai 21.1km per liter petrol berbanding 20.1km sebelum ini. Varian 1.3 liter pula lebih efisien iaitu 22.2km per liter berbanding 21.1km sebelum ini.
  • Masa pecutan meningkat 20 peratus lebih cepat. Myvi 1.3L boleh mencapai kelajuan 0-100kmj dalam masa 11.5 saat, manakala varian 1.5L memerlukan tempoh 10.2 saat.

BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

APA BEZA CVT dan D-CVT?

CVT
D-CVT
  • Transmisi CVT biasan (foto atas kiri) menggunakan sepasang puli (pulley) (dipacu dan memacu) yang bersambung dengan satu tali sawat (belting) untuk menghasilkan nisbah gear. Transmisi CVT boleh dianggap seakan gear basikal.
  • D-CVT (foto atas kanan) Myvi (2022) berasaskan sistem puli dan tali sawat sama, tetapi ada tambahan mekanisme gear-pisah (split-gear). Cara operasi sama seperti CVT, tetapi berbeza pada fasa pecutan.
  • Ketika memecut, split-gear akan mengambil alih tugas puli dan tali sawat dalam hantaran  kuasa dari enjin ke roda. Ini membantu mengurangkan pusingan dan tekanan ke atas tali sawat. Berikut video perbezaan CVT dan D-CVT:

  • Bagi memudahkan pemahaman mengenai fungsi CVT berfungsi, video di bawah ini memberikan penjelasan lebih mudah:

MANFAAT D-CVT vs CVT

1. Tambahan Jarak Nisbah Gear 
  • Menurut Daihatsu, CVT biasa memiliki jarak nisbah gear seakan sama seperti transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Kelebihan mod pisah (split mode) dalam D-CVT pula menjadikan jarak nisbah gear seperti transmisi automatik 8-kelajuan.
2. Putaran Enjin Lebih Rendah
  • Split-mode mampu mengurangkan putaran enjin 200rpm pada kelajuan 60kmj, atau 550rpm pada 100kmj.
  • Pengurangan itu mengurangkan fenomena enjin meraung berbanding transmisi CVT biasa, sekali gus menjadikan pecutan lebih lancar dan lebih cekap bahan api.
3. Transmisi Lebih Efisien
  • Salah satu kelemahan transmisi CVT ialah fenomena hilang tenaga akibat kesan geseran tali sawat. Di sinilah kelebihan split mode dalam D-CVT sebagai penyelesaiannya.
  • Teknologi baharu dalam D-CVT mengurangkan kebergantungan kepada tali sawat dan mengurangkan gejala hilang tenaga.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak
BACA >>> Teknologi Tukar Gear, Akses Unit Infotainmen Guna Satu Butang Rotari Sahaja
BACA >>> Ini Sebabnya Mengapa Proton Masih Guna Transmisi CVT…
BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

D-cvt D-CVT Perodua Perodua Myvi All New 2021 Perodua Myvi Serba Baharu (2022) tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026

    1 Comment

    1. Aruz on 16/11/2022 17:14

      perkongsian berguna. terima kasih pandu laju

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.