• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Teknologi Tukar Gear, Akses Unit Infotainmen Guna Satu Butang Rotari Sahaja

Teknologi Tukar Gear, Akses Unit Infotainmen Guna Satu Butang Rotari Sahaja

January 14, 2021 By AI Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK banyak kenderaan diperkenalkan sempena pameran dagangan Persatuan Teknologi Pengguna (CES) 2021. Namun itu tidak menghalang beberapa syarikat memanfaatkan situasi era pandemik ini untuk mempamerkan teknologi automotif baharu.

Tahun ini, syarikat pembekal sistem mekanikal dan elektromekanikal, GHSP  memperkenalkan teknologi kabin kereta yang lain daripada lain berbanding unit infotainment dan kluster instrumen sedia ada.

Apa yang menarik dengan inovasi baharu ini?

Rekacipta baharu itu ialah kawalan rotari dwi-tindan (dual stack rotary controller) dalam bentuk butang rotari untuk menukarkan gear dan mengawal sistem infotainmen yang direka dalam dua dek saling bertindan. Dibangunkan sebagai unit intuitif dan minimalis, ciptaan baharu itu membolehkan pemandu mengawal keseluruhan sistem kereta dengan hanya menggunakan satu kawalan multifungsi.

Seperti dilihat dalam video promo di atas, butang kawalan itu berada di konsol tengah. Dek pertama akan timbul sebaik saja enjin dihidupkan yang boleh diakses selepas pemandu mengesahkan cap jari. Menariknya, apabila akses cap jari disahkan, sistem kereta akan terus memaparkan tetapan disetkan pemandu seperti saluran radio kegemaran, posisi kerusi dan sudut cermin sisi.

Butang rotari pada dek paling atas berfungsi sebagai penukar gear, manakala butang rotari pada dek kedua di bawah pula mengawal pelbagai fungsi lain seperti sistem infotainmen yang boleh diputarkan 360º dan ditekan untuk membuat tetapan.

Pemandu juga tidak perlu risau risiko tersilap kerana setiap dek direka dengan tekstur butang berbeza. Ini memudahkan pemandu mengetahui jenis butang yang sedang diakses walaupun tidak melihat. Dek pertama lebih ketat untuk diputar, manakala dek kedua lebih ringan dan lembut. Tahap tekanan dan sensitiviti juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan.

GHSP-butang-rotari-1
GHSP-butang-rotari-2
GHSP-butang-rotari-3
GHSP-butang-rotari-4
GHSP-butang-rotari-5
GHSP-butang-rotari-6

BACA >>> Porsche Lancar Sistem Infotainment untuk Model Klasik 1965-2005
BACA >>> Waze Kini Sudah Ada dalam Paparan Apple CarPlay

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Akses Cap Jari, auto terkini, autotainment, CES 2021, GHSB, Kereta Moden, Persatuan Teknologi Pengguna (CES), teknologi automotif, teknologi kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
    #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my