Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
Autotainment

#TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAYAR ialah komponen penting bagi sesebuah kenderaan sama ada kereta atau motosikal. Jadi, pemeriksaan berkala sangat diperlukan untuk memastikan tayar sentiasa dalam keadaan terbaik supaya dapat bekerja pada tahap optimum.

Jika anda menunggang motosikal dan pelik dengan situasi tayar cenderung beranjak ke kiri atau kanan, pemeriksaan segera perlu dilakukan. Mungkin ramai mengalami situasi sama. Adakah tayar motosikal anda mengalami kecacatan atau berlaku sesuatu pelik yang lain?

Tayar botak mungkin bukan isu baharu, tetapi jika tayar botak atau haus tidak sekata, ada banyak isu yang perlu diambil kira. Ini kerana tayar botak atau haus bukan saja menjejaskan prestasi kenderaan tetapi juga membahayakan nyawa.

Bagaimanakah mengenal pasti pola kehausan tayar motosikal?

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

1. Haus Kedua-Dua Sisi

Ini disebabkan tekanan angin kurang kerana struktur tayar tidak menyentuh permukaan jalan dengan baik. Penyelesaiannya, buat pemeriksaan tekanan angin tayar seperti dicadangkan pengeluar.  Cadangan tekanan angin tayar untuk tunggangan harian ialah 29psi (depan) dan 33psi (belakang).

Jangan lupa periksa tekanan angin sekurang-kurangnuya seminggu sekali kerana udara dalam tayar memang boleh berkurangan secara perlahan-lahan.

2. Haus Bahagian Tengah

Terlebih isi tekanan angin boleh menyebabkan masalah haus pada bahagian tengah tayar. Jadi gunakan peranti ukur tekanan angin supaya dapat mengetahui jumlah tekanan angin tayar motosikal.

3. Tayar Haus Sebelah

Tayar haus sebelah boleh jadi berpunca daripada masalah rim bengkok atau struktur tayar rosak. Jadi periksa kondisi tayar dan rim, terutama selepas meredah jalan rosak atau berlubang dalam halaju tinggi.

4. Tayar Haus Sebelah Kiri atau Kanan

Bering tayar longgar atau absorber rosak juga boleh buat takar ‘makan sebelah’. Jadikan sila buat pemeriksaan bering dan absorber secara berkala.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

autotainment Jenis tayar Tayar Tayar Botak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.