Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN lipas, kehadiran nyamuk dalam kabin kereta adalah satu petanda kenderaan anda kotor dan perlu dibersihkan secepat mungkin.

Kata orang, kecil-kecil cili api. Walaupun nampak kecil, nyamuk adalah pembawa penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa anda atau ahli keluarga anda, termasuk anak kecil. Contohnya Aedes sebagai pembawa demam denggi.

BACA >>> Buang Sampah Keluar Kereta Boleh Kena Denda RM2k atau Penjara 6 Bulan!

KENAPA NYAMUK SUKA MASUK DALAM KERETA?

Sebelum mengetahui cara menghalang nyamuk dalam kabin, jom kita kenal punca yang mendorong serangga itu masuk ke dalam kenderaan.

  • Tingkap dan pintu dibiarkan terbuka lama.
  • Bau busuk sisa makanan atau sampah yang dibiarkan dalam kereta. Situasi biasa berlaku untuk mereka yang ada anak kecil.
  • Banyak ruang tersembunyi yang kecil dan gelap. Nyamuk gemar menyorok dalam persekitaran begitu.
  • Bau wangian kuat seperti pewangi kereta atau losyen badan. Nyamuk juga mudah tertarik dengan bau kimia yang ditafsir sebagai sumber makanan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

Bau-bauan makanan memang jadi kegemaran nyamuk.
  • Air bertakung. Periksa botol air dalam kereta anda yang mungkin jadi tempat pembiakan nyamuk.
  • Ada kajian mendapati haba atau suhu badan manusia turut menarik kehadiran nyamuk sebagai cara serangga itu mengesan jejak hos (manusia atau hidupan lain).
  • Nyamuk mudah tertarik dengan peluh kerana mengeluarkan bau asid laktik.
  • Kurang menjaga kebersihan diri. Bau kaki busuk dan badan anda juga menarik kunjungan nyamuk.
  • Nyamuk juga tertarik pada kolestrol dan steroid pada kulit manusia. Kajian saintis mendapati kolestrol itu berbau sedap untuk nyamuk.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Tinggal 8 Benda Ini dalam Kereta!

CARA CEGAH NYAMUK MASUK KABIN

  • Rajin bersihkan kabin kereta. Buang semua sampah dan sisa makanan reput yang boleh menarik nyamuk.
  • Guna semburan nyamuk secara berkala, tetapi lebih baik gunakan penyembur jenis organik. Anda juga boleh menggunakan kaedah natural seperti meletakkan tumbuhan atau daun seperti serai.
  • Tutup cermin tingkap rapat dan pintu kereta apabila diparkir. Ini mesti diamalkan jika meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran paya, longkang tersumbat, kawasan air tadah atau ada tempat pembuangan sampah dekat rumah.

  • Tingkatkan kebersihan diri. Cuba dapatkan nasihat pakar untuk atasi masalah badan atau kaki busuk. Jangan tinggal pakaian busuk atau terkena peluh seperti stokin dalam kereta.
  • Jika masih ada nyamuk dalam kereta, jemur kereta di kawasan terbuka dan tidak berbumbung pada hari panas. Tutup semua tingkap dan pintu. Lakukan cara ini hingga tiada lagi nyamuk dalam kereta.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cuci Enjin Kereta Cara Selamat
BACA >>> #ApaNakBuat: Kabin Kereta Macam Sauna? Buat 5 Tip Ini untuk Kurangkan Panas!
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

SUMBER: AutoDeal

apa nak buat Kenapa Nyamuk dalam Kereta Nyamuk Nyamuk dalam Kereta tahukah anda tip tip automotif Tip Halau Nyamuk dalam Kereta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.